BUFFET RAMADAN & DINNER 2025 : SANTAPAN RASA PARAGON DI GRAND PARAGON HOTEL JOHOR BAHRU
Hye, korang..Mesti ada yang nak tahu apa yang menarik untuk buffet ramadan kali ini.. Grand Paragon Hotel sekali lagi menyajikan pelbagai juadah masakan ala kampung dan fusion yang enak dan menyelerakan yang membawakan tema SANTAPAN RASA PARAGON yang bertempat di CAFE PARA PARA Grand Paragon Hotel Johor Bahru.
Terdapat pelbagai jenis hidangan yang terdiri daripada hidangan panas dan sejuk, hidangan utama yang lazat, pencuci mulut dan minuman yang tersedia pada setiap hari sepanjang bulan ramadan. Korang yang berkunjung disini juga boleh menikmati pelbagai hidangan tanpa had yang disajikan dalam lapan menu yang berulang memaparkan lebih 100 jenis hidangan setiap hari.
SIGNATURE DISHES
Menu Signature Dishes paling aku nanti-nantikan..Menu yang menjadi pilihan aku kali ini ialah Kambing Panggang Kuzi, Nasi Kabsha & Telur Rebus Saffron, Ikan Siakap Goreng Laici Ala Thai, Sup Utara Berempah pelbagai jenis, Ayam Goreng Dara Grand Paragon pelbagai rasa, Sup Tulang Merah bersama Roti Perancis, Daging Bakar Bandung, Udang Bakar Torpedo Duo Cheese, Nasi Briyani Dum bersama Kambing Hyderabad..
Bukan itu sahaja ada juga show kitchen seperti Char Kuey Teow, Satay Ayam & Daging dengan condiment & yang paling menjadi kesukaan ialah Durian Goreng..
Untuk Main Dishes ada pelbagai masakan seafood yang pasti menjadi pilihan korang seperti Siput Sedut masak Sambal & batang keladi, Siakap Gulai Lengkuas Mangga Muda, Stir Fried Chili Crab, Sotong Sumbat Percik, Sambal Pucuk Paku Kerang, Baked Prawn Torpedo & macam-macam lagi..
Peminat ulam-ulam pasti tak nak terlepas menikmati hidangan bermacam-macam jenis ulam yang disediakan..Sambal-sambal pun ada juga tau..Confirm berselera korang time makan..hehe
Kalau korang tak pernah rasa Chinese Beef Bread korang juga boleh daptkan di Buffet Grand Paragon nie..Sedap makan panas-panas tau..Colek buah Ala Thai & Ipoh Hor Fun Kway Teow Sup jugak ada di hidangkan..
Untuk korang yang bawa anak-anak sudah pasti nya tempat ini mesra kanak-kanak..So Ibu ayah boleh makan dengan selesa & pasti anak-anak suka dengan menu bersama ayam goreng macam anak aku sentiasa nak ayam goreng..hehe
Utk keterangan lanjut tentang buffet & promo korang boleh lihat dibawah ini ya..
𝕭𝖚𝖋𝖋𝖊𝖙 𝕽𝖆𝖒𝖆𝖉𝖍𝖆𝖓
🆂🅰🅽🆃🅰🅿🅰🅽 🆁🅰🆂🅰 🅿🅰🆁🅰🅶🅾🅽
🗓3 Mac~29 Mac 2025
⏰️7 mlm ~ 10 mlm
Early Birds (Before 1 Mac 2025)
RM130 nett
📣📣Limited off 1st week ramadhan
3rd Mar ~ 6th Mar 2025
RM115 nett (50 seats perday)
🕌 Surau disediakan
For Booking & Enquiries: 016-733 7363 | +607-268 5255
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.