Ticker

6/recent/ticker-posts

TALIAN BANTUAN EMOSI MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH KESIHATAN MENTAL ANDA

TALIAN BANTUAN EMOSI MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH KESIHATAN MENTAL ANDA || As'salam & hye..Tengok tajuk jer mesti korang terfikir ada ke talian bantuan emosi yang boleh korang dapatkan apabila kita perlukan seseorang tapi kita malu nak menyatakan kebenaran bahawa kita sedang serabut dengan gangguan emosi yang sedang korang alami sekarang..Betul tak?? Sis tahu bukan semua berani berkongsi masalah dengan orang sekeliling padahal dengan orang paling dekat seperti suami atau isteri korang atau adik beradik & kawan-kawan yang rapat..


Dalam kepala mesti korang fikir..Malu la kalau dia tahu yang aku nie lemah..Aku nie bermasalah..Aku nie bla..bla..bla..macam-macam perkara korang boleh nyatakan.. Tapi korang tahu tak dengan cara korang pendam masalah korang emosi korang menjadi tidak stabil & ia membuatkan kesihatan emosi & mental korang akan terjejas..

TALIAN BANTUAN EMOSI??

Kali ini aku nak share dengan korang yang di malaysia ini ada menyediakan Talian Bantuan Emosi kalau korang perlukan bantuan secara profesional, ini antara panduan awal yang korang boleh rujuk, sebagai permulaan.

Korang mesti rasa kekok untuk mengaku yang korang sedang tak OK, terutama dari segi emosi, betul tak?? 

Budaya sekarang mesti akan kata..

"Tak apa, saya OK" 

Ini dah jadi jawapan template dan automatik, walaupun hati sedang sengsara, burnout dan alami emosi yang susah nak diluahkan. Sebab kita tak nak nampak lemah..kann..kann

"Tak payah la cerita, nanti orang kata drama." 
"Mesti dia fikir saya lemah."
"Ada orang yang lebih susah daripada saya."

Frasa-frasa ini mungkin kedengaran biasa di telinga korang kann.. Ia adalah suara dalaman yang sering menghalang korang daripada berkongsi perasaan sebenar.

Menyembunyikan masalah kesihatan mental bukanlah cara penyelesaian yang betul.. Malah ia boleh memberikan kesan negatif, antaranya:

1. Tekanan yang terkumpul boleh menjadi lebih teruk

2. Hubungan dengan orang tersayang menjadi renggang

3. Prestasi kerja merosot secara perlahan-lahan

Ia terjadi sebab ramai antara korang memakai "topeng" untuk kelihatan kuat.

Korang tak perlu tunggu sampai dah murung teruk baru nak dapatkan bantuan dari yang pakar.. Talian bantuan emosi ini dikendalikan oleh orang yang pakar dalam meredakan emosi korang.. Korang akan dilayan oleh petugas yg bertugas & memberikan khidmat nasihat & kaunseling bila korang perlukan bantuan lanjut..

Kadang-kadang, langkah awal seperti berbual dengan orang yang kita percaya, pun dah jadi satu faktor pelindung untuk kurangkan tekanan yang dah lama terkumpul.

Namun, kekuatan sebenar bukan terletak pada kemampuan untuk menyembunyikan kesusahan, tetapi keberanian untuk mengakuinya.

Lepas ini kalau korang perlukan bantuan boleh dapatkan bantuan di butiran lanjut dibawah ini.. Kalau bukan korang pasti akan ada orang yang berada disekeliling korang memerlukan bantuan seperti ini.. Jangan lupa klik save dan simpan untuk rujukan akan datang atau pun  sekarang..




Post a Comment

0 Comments