RESTAURANT THAI AUTHENTIC TERBAIK DI JB - KAMPUNG CARABAO PUTERI HARBOUR ISKANDAR PUTERI || Hye..Korang bawa family makan mana hari nie?? Hari nie aku nak kongsikan dengan korang satu restoran thai di JB yang aku makan bersama-sama keluarga aku pada hujung minggu yang lepas.. Sebut sahaja restoran thai mesti ramai yang minat dengan menu thai ini kan.. Sekarang ini dimana-mana sahaja mesti ada restoran yang menjual menu masakan thai & seafood.. Kali ini tempat yang aku makan nie lain dari yang lain tau, sebab ia menghidangkan menu thai yang betul-betul authentic.. Restoran thai ini terletak di Puteri Harbour Iskandar Puteri.. Nama restoran yang aku pergi ini ialah Kampung Carabao.
RESTAURANT KAMPUNG CARABAO THAI AUTHENTIC
Kalau korang nak tahu nama restoran CARABAO sebenarnya berasal daripada perkataan Tagalog yang bermaksud 'Kerbau'. Pemilik restaurant ini mendapat idea semasa lawatnya ke Chiangmai pada 2002.. Kampung Carabao ialah sebuah restoran thai authentic yang menghidangkan menu thai original rasanya sama seperti korang makan di Thailand.. Ia menyajikan makanan thai yang lazat yang pasti membuatkan korang teruja dengan rasa kombinasi campuran kepedasan dan masam dalam setiap masakan..
Pertama kali aku datang ke restoran ini aku teruja dengan konsep yang dibawa ada ciri-ciri dekorasi thai seperti frame, meja & lampu konsep thai..Kalau korang yang ada anak-anak kecil sudah semestinya tempat ini kids friendly sebab tempat nya luas, selesa & selamat untuk anak yang tak boleh duduk diam macam anak aku.. Habis dia orang explore main pusing-pusing keliling meja..Haha
Di Kampung Carabao Puteri Harbour ini korang boleh sambil makan tengok view tepi laut yang penuh dengan kapal layar, cantik kan.. Kalau datang petang mmg dapat la tengok sunset dari restoran ini..
MENU THAI YANG CHEF RAKEMAN
Bila dapat jer tempat duduk korang akan diberi katalog menu.. Tengok jer katalog tu telan air liur aku dibuatnya, semuanya nampak sedap..Haha Kalau makan sini tak sah kalau korang tak mencuba Tom Yam Seafood Thai, menu ini mmg jadi kegemaran untuk pengunjung yang datang makan disini.. Bukan itu sahaja banyak lagi menu-menu yang aku pilih jom korang layan gambar yang aku share nie ya..
Ini la antara hidangan menu yang recomanded menjadi pilihan aku sekeluarga.. Bila makanan sampai jer kat meja anak-anak aku terus auto jadi macam pirana..Macam tak pernah jumpa makanan pula tahap kesabaran terus hilang..haha Mana tak nya terkesima kejap bila tengok makanan dah sampai..Semua nampak menyelerakan sangat itu belum makan lagi tau..haha
Hidangan pertama yang aku cuba ialah tom yam seafood thai. Rasa tom yam ini sedap kuah pekat & berasa, dalam tom yam ini ada seafood seperti udang, sotong & ayam.
Kali ini aku oder 3 jenis menu ikan.. Menu ikan yang pertama aku oder ikan Fried Fish Soya Sauce Hong Kong Style.. Ikan nie rasa nya macam mmasak kicap tapi style hong kong ler..Rasa nya sedap dan tidak pedas sesuai kalau nak bagi anak2 yang tak makan pedas..
Menu ikan yang kedua ialah Crispy Salad Fish Thai Style.. Ikan nie dia goreng kemudian dia curah kuah yang telah dicampur dengan rempah thai dan hiasan ikan dengan daun ketumbar memang naik la aroma bau daun itu..Rasa nya pedas sedikit tapi sedap..hehe
Ikan yang ketiga pula aku oder Fried Fish Mango..Rasa ikan nie seperti sweet & sour tapi de rasa pedas -pedas sedikit memang sedap makan dengan nasi panas-panas..hehe
Nie pulak Carabao Seafood Mix Platter..Kalau korang nak rasa seafood style thai boleh amik set ini..semua jenis seafood seperti ketam, udang, sotong & lala ada dalam satu pinggan..Rasa nya seperti shellout thai style..hehe
Ini pula set tiram iaitu Japan Tokushima Fresh Oyster..Menu nie korang makan fresh oyster style thai..Sedap makan osyter dengan thai sauce,lemon,bawang goreng & chili paste..
Ini pula menu Butter Prawn Thai Style..Sedap betul rasa nya..cukup semua la ada rasa butter, rasa manis & pedas semua ada..
Ini pula signature ramai yang oder kat restoran ini iaitu Coconut Seafood Otak-Otak, Rasa otak-otak ini sedap & cukup rasa lemak pedas manis tak lupa juga rasa thai itu mesti ada jugak..hehe
Ini pula Lala Carabao Style..Rasa nya sweet spicy rasa lala nya pun fresh..
dah macam-macam menu aku oder kerabu mangga jangan dilupakan korang..hehe Somtam pun aku oder jugak tau..sedap..sedap..sedap..crunchy..crunchy gitu..hehe
Fried Omelette Thai Style ini sedap makan macam tu jer tau..Rasanya rangup & tak berasa masin..Kalau korang nak omelette yang ada seafood pun ada juga tau..
Sotong Goreng Tepung jangan dilupakan..Kalau makan menu thai menu ini wajib oder..hehe
Thai Style Crispy Kangkung..Jarang jumpa menu ini tau..sedap dimakan apabila dicicah dengan sauce paste thai..
Jangan lupa cuba oder menu macam ala-ala donut ini..Menu ini dipanggil Thai Prawn Cake..Ia diperbuat dari udang..Rasanya seperti jemput-jemput yang kaya dengan rasa udang..
Macam mana menarikkan menu-menu kat sini..Lepas nie kalau korang pergi ke Iskandar Puteri jangan lupa bawa family menjamu selera di Kampung Carabao Puteri Harbour..Keterangan lanjut lihat di bawah ini..
LOKASI DAN KETERANGAN LANJUT
HQ
16, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
GOOGLE MAP TAMAN ABAD
PUTERI HARBOUR BRANCH
LG09, Ground Floor, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia.
GOOGLE MAP PUTERI HARBOUR
EMAIL
kampungcarabaothai@gmail.com
PHONE
+6012-305 6933
FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK
1 Comments
Anda memiliki blog informatif di sini, saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya di tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
ReplyDeleteHubungi Tuan Pedro
Di Email:pedroloanss@gmail.com
Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
Mr Pedro menyediakan semua jenis pinjaman untuk pribadi atau bisnis
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.