THE ROCK STONE GRILL??
Sebenarnya kali pertama aku bawa keluarga aku makan kat sini..Tempat yang menjadi pilihan aku ialah The Rock Stone Grill yang bertempat di Eco Galleria, Eco Botanic, Iskandar Puteri, Johor..Jarak tempat ini dari rumah aku di Pasir Gudang yang mengambil masa hampir 45 minit (kalau tak jem) walaupun jauh tapi tetap juga aku nak cuba pengalaman baru utk anak² aku makan disitu.. Restoran ini menghidangkan menu barbeku western & fusion.. Ada Daging Lembu, Ayam & seafood..
GRILL DI ATAS BATU PANAS 400°c??
Disini ia menyediakan menu barbeku yang dimasak diata batu panas bersuhu 400°c tau..Sebut jer 400°c dh terkejut aku dengar..Biar betul 400°c suhu batu grill itu digunakan untuk grill makanan..Benda nie la yang menjadi pilihan aku untuk mencuba menu grill daging, ayam & seafood di The Rock Stone Grill ini..Ia juga boleh jadikan pengalaman baru untuk anak-anak aku makan disini dengan cara main bakar² yang pasti tidak membuatkan baju korang tidak menyerap bau grill..Kalau korang nak tahu disini ia mempunyai sistem ventilation yang membuatkan sistem pengudaraan berfungsi dengan baik tanpa sesak nafas akibat bau asap grill..🤗😊
SET BUFFET FREE FLOW HANYA RM6.90??
Semasa aku makan disini aku memilih beberapa jenis mix grill yang original & ada perasa perapan lain yang korang boleh pilih..Masa tu aku pilih flavor satay grill.. Bukan itu sahaja korang juga boleh pilih set buffet free flow dengan harga serendah RM6.90 utk setiap orang..
Utk set buffet free flow ini korang akan disediakan dengan main menu Nasi goreng cina..Side dish korang boleh cuba creamy mashed potato, Tom yam soup, salad kentang mayo, salad sphagetti, salad broccoli cherry tomato, salad macaroni.. Menu fresh dish iaitu Mix fresh salad dengan 3 jenis gravy yang korang boleh pilih seperti roasted sesame dressing, ceaser salad & black veniger onion dressing..Jom aku belanja korang tengok gambar yang aku amik..😊🤗
Nie pulak menu side dish yg korang boleh makan utk kudap²..Kalau org yg diet confirm suka menu macam nie sbb stay healthy & tinggi serat..🤭🤭
MENU ALA CARTE, DESSERT & DRINKS
Kalau korang tak mahu ambil set buffet free flow tu korang juga boleh oder menu ala carte, dessert & aneka minuman yang menjadi pilihan korang..Contoh minuman yang aku oder seperti chocolate smoothy, mojito drink, orange drink..Untuk side dessert pula aku oder Bingsu mix fruit yogurt milk..
Untuk menu ala carte pula aku oder salmon garlic tomato pasta, seafood combo C, Satay chicken chop, thai style chicken chop, stone pot noodle tom yam seafood soup..
BIRTHDAY CELEBRATION
Bila ada ahli keluarga yang meraikan hari lahir mesti kita mahu meraikan nya betul tak?? Disini ia juga sesuai untuk korang buat birthday celebration untuk yang tersayang..Korang boleh bawa kek korang sendiri & maklum kan kepada waiter untuk membuat celebration nanti pihak restoran akan meraikan birthday korang dengan memberikan set menu wheel snacking ada 5 jenis snacking yang korang boleh nikmati..Seronokkan..😊🤗
STATUS HALAL
Mesti ramai yang tanya ada status halal ke??Untuk info yang diterangkan kepada aku restoran ini baru dibuka & ia dalam peises untuk mendapatkan sijil status halal ini..Untuk masa ini ia hanya memiliki status halal untuk semua produk yang digunakan termasuk produk bahan mentah iaitu daging, ayam serta produk bahan perapan & sos.. Disini yang aku trngok dengan mata kepala aku sendiri ia tidak menyediakan hidangan minuma seperti wain atau minuman keras..So itu yang mampu aku kongsikan..
So macam mana korang menarikkan menu kat sini..Kalau korang nak cuba pengalaman baru disini boleh lah lihat detail kat bawah ini..👇👇
🅣🅗🅔 🅡🅞🅒🅚 🅢🅣🅞🅝🅔 🅖🅡🅘🅛🅛
🗓Buka Setiap Hari
⏰️ 11.30am ~ 10pm
📍3, Eko Galleria,
A0111, Blok A,
Persiaran Eko Botani,
79100 Iskandar Puteri,
Johor.
Untuk tempahan hubungi
📱018-789 0929 (whatsapp)
☎️07-553 9899
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.