Ticker

6/recent/ticker-posts

Sayyidul Istighfar Penghulu Istighfar

Sayyidul Istighfar adalah Penghulu Istighfar||
Jom kita perbanyakkan istighfar!! Mesti sudah ramai yang tahu kerana sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yg sangat tinggi nilainya, dengan rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan2 nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita..InsyaAllah.


PENGENALAN SAYYIDUL ISTGHFAR

Antara zikir Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

LAFAZ SAYYIDUL ISTIGHFAR

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ.

Maksudnya :

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku.
 
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. 

WAKTU DIBACA

Oleh kerana zikir ini pendek sahaja maka amalkan membaca sebaik-baik nya 3-kali, atau mengikut kadar kemampuan diri. Setiap kali selesainya solat fardhu atau sunat sebelum memulakan doa. Dibaca 3 kali selepas subuh dan selepas asar.

KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA 

مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( Riwayat Imam al-Bukhari ).

FADHILAT MEMBACA PENGHULU ISTIGHFAR

Daripada Syaddad bin Aus RA daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……".  Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga.  Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

🍀Sesiapa yang membaca sayyidul Istighfar dijanjikan dengan syurga jika dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

🍀Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga.

🍀Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.
(riwayat Imam al-Bukhari)

Semoga kita sentiasa mendapat redha Allah dalam apa yang kita lakukan dan di mana sahaja kita berada.🤲
Semoga kita mendapat manfaatnya☺️

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.