Ticker

6/recent/ticker-posts

BUFFET BERBUKA PUASA 2024 - SANTAPAN RASA PARAGON DI GRAND PARAGON HOTEL JB

BUFFET BERBUKA PUASA 2024 - SANTAPAN RASA PARAGON DI GRAND PARAGON HOTEL JB|| As'salam & hye..Masuk jer tahun baru 2024 nie dah terfikir pula nak puasa, almaklum la kan tahun nie kita puasa awal tahun tau. Awal bulan March bermula la umat islam menunaikan ibadah berpuasa. So hari nie bermula la kisah aku untuk sharing dengan korang tempat berbuaka puasa yang boleh korang cuba untuk berbuka puasa bersama keluarga..


Jom kali nie cuba korang berbuka puasa di Buffet Ramadhan Santapan Rasa Paragon yang bertempat di Grand Paragon Hotel Johor Bahru. Disini pelbagai juadah berbuka puasa pasti membuka selera korang. Pada tahun ini ia membawakan tema masakan ala kampung dan fusion yang menyelerakan pasti memberi kepuasan di hati para pengunjung yang datang berbuka puasa di Cafe Para Para, Grand Paragon Hotel JB. 


Ia menghidangkan lebih daripada 100 jenis hidangan yang terdiri daripada pelbagai makanan panas & sejuk. Antara sajian menu utama pasti menjadi pilihan korang ialah Kambing Panggang Kuzi bersama Nasi Kabsha & Telur Rebus Safron, Siakap Goreng bersama Sos Kerabu Mangga, pelbagai jenis Kerabu Somtam, Laksa Thai & pelbagai jenis Lok Ching, Sosej thai & bebola Ikan. 









Bukan itu sahaja menu ala kampung & fusion ada juga disediakan seperti Ekor Asam Pedas, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Ikan Bakar Maroo bersama Herba, Ketam goreng Cili, Udang goreng bersalut Nestum, Sotong Goreng Telur Masin, Gulai Kambing Kawah Umbut Kelapa & macam-macam lagi.






Sebelum mula makan jangan lupa cuba dahulu hidangan pembuka selera seperti Bubur Lambuk, pelbagai jenis Satay, Mee goreng Mamak style Penang, Sup Utara Berempah. Ikan Bakar pun ada juga tau..Untuk yang minat makan kerabu aneka jenis kerabu & salad segar ada juga disediakan, tak lupa juga aneka ulam ulaman & sambal ada juga tau.






Untuk hilangkan dahaga boleh la nikmati pelbagai jenis air balang seperti Air Tebu, Air Jagung Royale, Air Bandung, Air Milo, Air Yogurt Mango, Yogurt Anggur & macam lagi..




Lepas makan tak lengkap kalau tak ada pencuci mulut kan..So korang boleh la maniskan mulut korang dengan kudapan yang paling dinanti-nantikan iaitu Durian Goreng yang sentiasa menjadi kegemaran pengunjung yang datang. Aneka kuih-muih tradisi, aneka jenis kek, aneka bubur, pengat & aiskrim ada disediakan.







Sambil makan korang juga akan dihiburkan dengan persembahan Angklung pada setiap malam bermula 13 Mac sehingga 8 April 2024. Dah kenyang isi perut jangan lupa pulak solat..HeHe Surau yang luas ada juga disediakan sepanjang bulan ramadhan yang bertempat di aras 3.

Semasa aku pergi food review ini aku paling suka makan bubur lambuk dia, sampai 2 kali aku tambah..HeHe Daging Kambing lembut & juicy memang sedap dimakan dengan nasi kabsah. Som tam sedap, Sup utara kena dengan citarasa aku, siput sedut pun aku suka, paling win Durian Goreng sampai 5 biji aku balun sorang..HeHe Overal semua menu memang padu beb..

Apa tunggu lagi jom dapatkan voucher Early Bird yang sedang berlangsung sekarang.. Booking slot korang dengan harga yang berpatutan sebelum kehabisan tempat duduk..Keterangan lanjut untuk booking slot boleh lihat dibawah ini.

꧁•⊹٭🕌𝙱𝚄𝙵𝙵𝙴𝚃 𝙱𝙴𝚁𝙱𝚄𝙺𝙰 𝙿𝚄𝙰𝚂𝙰 𝟸𝟶𝟸𝟺🕌٭⊹•꧂

🍽 SANTAPAN RASA PARAGON 🍽
📌 Grand Paragon Hotel JB
📅 13 Mar ~ 8 Apr 2024
⏰️ 7pm ~ 10pm

📣📣🅔🅐🅡🅛🅨 🅑🅘🅡🅓 🅟🅡🅞🅜
*Beli voucher sehingga 29 Feb 2024*
💰RM128 nett per Dewasa

🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
💰RM155 Nett
👨🧕Dewasa
💰RM110 Nett
👴👵 Warga Emas (>55thn)
💰RM75 Nett
👫 Anak (5~11thn)

Utk tempahan hubungi
☎️ +607-268 5255
📱 +6016-733 7363
📧 info@grandparagonhotel.com.my
🌐 www.grandparagonhotel.com.my
🕌 Ruang solat disediakan


Post a Comment

1 Comments

  1. wowww... banyaknya pilihan makanan... harga pun mampu beli dengan early birds discount ni...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.