Ticker

6/recent/ticker-posts

SEDAPNYA NASI BIRYANI DI YEW'S CAFE & BISTRO SENIBONG COVE

SEDAPNYA NASI BIRYANI DI YEW'S CAFE & BISTRO SENIBONG COVE|| Pada minggu lepas aku dengan kak ida, sis lin & yaya pergi la makan petang sama-sama..Lokasi jalan-jalan cari makan kali nie kita orang cuba la makan di kawasan senibong cove..Sebab kat area sana kita orang tak pernah cuba lagi..Ada orang cakap view kat sana cantik kalau pergi waktu petang-petang..Jadi kita orang pun cuba la makan kat sana..


Bila sampai je sana serius tak tipu view memang cantik..Aku ingat dekat puteri harbour jer ada kapal layar kat senibong cove pun ada jugak tau..Sambil makan mesti best tgk view sambil membawang..HaHa😊



Aku & kawan-kawan pun mencuba satu cafe yang menghidangkan menu fusion iaitu cafe YEW'S CAFE & BISTRO.. Disini pelbagai jenis menu dihidangkan menu yang paling aku recommanded ialah Nasi Biryani Daging.. Korang wajib cuba tau, bukan itu sahaja menu Main Dish yang ada, korang juga boleh cuba Seafood Tom Yam Soup, Creamy Seafood Tom Yam Spaghetti, Grilled Chicken Skewers, Smoked Duck Donburi, Grilled Lamb Shank B/P Sauce & lain-lain lagi.









Untuk menu kudap-kudap kita orang cuba la oder Tofu Bakar, Mozarell Cheese Stik, Sweet & spicy Korean Chicken..Ayam korean dia sedap korang tak pedas & rasa sweet sweet gitchew..🤭🤣 Mozarella Cheese Stick sedap makan panas-panas masa makanan baru sampai siap boleh main tarik² gitu..Kelakar time nie semua sibuk nak main tarik-tarik siap buat video lagi..🤣🤣




Time makan macam biasa la kita orang berkongsi-kongsi rasa..Semua menu yang dioder aku dapat rasa. Nasi Biryani Daging tu sedap betul..Rasa lembut & tidak kering. Nasi pulak betul-betul berasa macam makan kat kedai Nasi Biryani la..HaHa Tak pernah aku jumpa restoran western mcm nie hidang menu Nasi Biryani tau..So kalau kawan korang tekak melayu dah boleh la suruh dia pilih nasi biryan nie atau menu nasi yang lain..Kalau korang nak tahu cafe ini dulu aku pernah pergi masa dia buka kat Tmn Molek..Sebelum nie dia de jugak buka cawangan di Tmn Perling tapi aku tak pernah pergi sebab yang dekat dengan umah aku yang kat Tmn Molek nie jer..Sejak pendemik ia telah tutup kedua cawangan nya & hanya buka di Senibong Cove sahaja..So korang boleh la datang kesini pulak ya..




Untuk menu beverage pulak ada macam-macam air yang korang boleh cuba yang recomanded ialah air Pomegranete Mojito, Blue Ocean Mojito, Oolong Lychee Mocktail, Chocolate Milk Shake & Bradley's Leaf Tea..Aku try minum Oolong Lychee tu memang sedap & menyegarkan jer minum..Rasa aroma teh dia tu sedap jarang nak jumpa teh oolong nie, selalu aku minum teh biasa jer..HeHe

Aku pernah tanya kawan aku dia pun pernah cuba menu western disini..Semua menu western yang ada kat sini sedap & menu grill nya sangat juicy..Dia punya gravy pun sedap korang..Tak tahu aku nak habak mcm mana yang penting korang mesti cuba..HeHe

Utk korang yang minat makan 🍗Chicken Chop JOM‼️ dapatkan 📣📣 50% discount off dari jam
12.00pm - 2.30pm cepat² sebelum promo tamat..😊🤗😍

🍹𝐘𝐞𝐰'𝐬 𝐂𝐚𝐟𝐞 & 𝐁𝐢𝐬𝐭𝐫𝐨🍹
 ⏰️12.30 pm to 10.30pm
📆 Open everyday
📱0197662315
📍Jalan Persiaran, Senibong Cove, 81200 Masai, Johor

Utk detail menu boleh lihat link dibawah👇👇



















Post a Comment

0 Comments