Baru-baru ini ada satu restoran di Eco Galleria baru di buka iaitu BOGA BALI. Restoran ini dimiliki oleh owner nya sendiri yang berasal dari Bali..Ia membawakan konsep deco & makanan ala bali..Nampak simple tapi rasa menu yang disediakan sangat Authentic.. Layanan yang diberikan sangat soft spoken & peramah..😊🤗
Sampai jer aku di tempat duduk aku & kawan² aku diberikan secawan kecil air serai suam..Rasa segar jer bila minum..Sambil korang minum boleh la korang belek² buku menu untuk korang oder menu-menu bali yang dia orang sediakan.. Teruja aku tengok menu² nie..Belum lagi makan dah telan air liur..😅😅
Ini antara menu² yang aku oder ari tu..Aku oder Nasi Campur Bali, Nasi Tumpang, Nasi Ayam Betutu, Sayur Pecal, Satay Ayam berlilit, Mee Bakso, Empek Campur, Pisang Goreng Coklat Berkeju..Air pulak kita orang oder Es Alpukat, Jus Nangka, Wedang Jahe, Es Serai, Es Teler, Es Campur..Jom aku belanja gambar mesti korang pun tertelan air liur tengak gambar² nie..HeHe
Ini pula Set Nasi Campur Bali..Set ini mempunyai Daging Rendang, Ayam Bakar & Ikan Siakap Penyet. Menu nie aku panggil menu krap krup krap sebab ia ada sediakan keropok goreng & Kerepek Belinjo..Sedap makan bila ada keropok nie..Jadi makin berselera pulak makan..HeHe
Pisang Goreng Coklat Berkeju ini memang menjadi makanan kudap-kudap dikala petang. Korang boleh cuba makan sedap & manis pisang nya.
Es Campur nie pula sedap rasa aiskrim kelapa dimakan dengan buah nangka & jelly memang tak berhenti nak hirup..Buah nangka jarang orang guna buat dessert kat sini korang boleh cuba..kombinasi antara dua bahan itu memang tak cukup satu nak oder..HeHe
Minuman kat sini korang boleh pilih sama ada nak minuman panas atau sejuk..Macam aku nie oder minuman sejuk, aku cuba oder air Wedang Jahe, Es Alpukat, Es Timun & Es Nenas..Pertama kali minum Es Timun sedap & segar rasanya..Rasa timun tu ada dia de campur limau nipis membuatkan rasa nya tak jelek kata orang indonesia, korang mesti cuba tau..
Macam mana menarik kan menu-menu kat sini..Rasa masakan nya semua sedap², pedas & cukup rasa..Kalau korang nak makan solo pun ada..Masa ini aku oder set untuk 2 orang puas hati makan oit..Oder set 2 orang korang bileh makan 4 orang..Kenyang perut aku ratah lauk tak sudah..HeHe
Lokasi restoran ini pun sangat strategik sebab senang nak parking & memang menjadi tempat tumpuan korang membeli belah & mencari makan..
Kalau korang nak cuba makan disini boleh la bawa mak ayah, anak bini datang cuba makanan bali kat sini.. Detail lanjut boleh tengok dekat bawah ini..Cuba jangan tak cuba tau..😊🤗
📌BOGA BALI RESTAURANT
🚗A0104, Blok A Eco Galleria
Jalan Eco Botani 3, Taman Eco Botani
79100 Iskandar Puteri Johor
🗓BUKA SETIAP HARI
⏰️10am - 10pm
1 Comments
Fantastic Friday Sale, you've outdone yourself this time!Couldn't resist the temptation and treated myself to some luxurious goodies. My Friday just got a whole lot fancier!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.