Ticker

6/recent/ticker-posts

TONTTU'S TOY ACADEMY MERANGSANG KEMAHIRAN KOGNITIF ANAK HANYA DI FANPEKKA AEON TEBRAU, JB

TONTTU'S TOY ACADEMY MERANGSANG KEMAHIRAN KOGNITIF ANAK HANYA DI FANPEKKA AEON TEBRAU, JB || As'salam semua weekend nie ibu ayah dah plan ke nak bawa anak-anak jalan mana?? Jom sesekali bawa anak ke taman permainan fantasi di FANPEKKA AEON TEBRAU JB. Disini terdapat pelbagai mainan baru yang bagus-bagus. Minggu lepas FANPEKKA baru Re-Opening dari mengubah suai bagi memudahkan anak bermain dengan pelbagai mainan yang lagi advanture. Sempena pembukaan ini ia memperkenalkan taman permainan baru iaitu TONTTU'S TOY ACADEMY. 



Masa aku pergi 22 september ni mereka baru sahaja merasmikan perasmian pembukaan nya seawal 10 pagi..Ia telah dihadiri oleh para² VIP utk merasmikan Area baru di taman tema FANPEKKA ini iaitu Tonttus Toy Academy.. Ia dimeriahkan dengan dance & mascot dari Fanpekka ini..Semasa aku bawa anak-anak ada sekumpulan anak-anak tadika datang bermian di Fanpekka nie..Meriah betul suasana pada masa tu..Anak-anak aku pun happy bila ramai kawan..


TONTTU'S TOY ACADEMY???

Tonttu's Toy Academy ini menyediakan pelbagai mainan yang boleh merangsang kemahiran kognitif anak-anak. Kemahiran kognitif adalah aspek penting dalam perkembangan manusia yang memainkan peranan utama dalam membentuk kecerdasan dan kejayaan individu. Ia merangkumi pelbagai proses mental yang membantu anak-anak untuk memproses maklumat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, dan belajar. 

Kalau korang nak tahu disini ada lebih 10 jenis mainan yang aku dapati boleh merangsang minda anak-anak. Aku yang mak mak orang jer pun dah teruja apa tah lagi anak-anak kan..HeHe Di tonttus toy academy ini korang boleh mengajar anak-anak membina replika yang kreatif dengan menggunakan blok atau bahan mainan yang disediakan. Bukan itu sahaja anak-anak juga boleh menggunakan khidmat cikgu-cikgu disini untuk membantu anak-anak bermain dan memberi penerangan dengan lebih baik.

PERMAINAN RANGSANG MINDA

Pelbagai permainan yang boleh merangsang minda anak² yang ada disini tau..Bukan biasa² jer..Kalau main dari pagi sampai ke petang memang tak habis explore tau..🤭😂

JOM aku tunjukkan antara permainan yang boleh menguji minda anak²..


Permainan ini anak-anak boleh main dengan bantuan dari cikgu-cikgu disini. Cikgu akan terangkan cara & bagaimana permainan ini dimainkan dengan cara yang betul dan anak-anak akan bersedia untuk terima arahan bermain dari cikgu.



Setiap permianan yang dimainkan disini anak-anak boleh mengumpul cop di Toy Master Card yang diberikan.. Anak-anak boleh mengumpul cop dan boleh la tebus cop yang anak kumpul dengan tshirt & beg dari Tonttus Toy Academy tanda anak-anak sudah selesai pengembaraan di Toy Academy ini.





Disini ada sudut bacaan yang menarik untuk anak-anak yang sukakan membaca. Buku-buku yang disediakan semua boleh dibaca mengikut tahap umur anak-anak seawal 3 tahun dan keatas.



Permainan rumah nie pun menarik. Sesuai utk anak-anak bermain pondok-pondok sambil mengenal ruang-ruang yang terdapat didalam rumah.


Permainan susun warna plate ini pun menarik untuk dicuba. Anak-anak boleh belajar cara susunan warna mengikut lubang-lubang yang disediakan.



Permainan reka cipta ini pun anak-anak boleh cuba tau. Anak-anak boleh mengikut tutorial yang diberikan melalui video yang dipaparkan di skrin atau di dalam kad tutorial ini.




Yang suka kan permainan jenis bergerak boleh la pergi ke area tracking car & train ini. Seronok anak-anak main tolak kereta & keretapi di track yang disediakan.



Untuk anak-anak yang suka kan permainan papan digital boleh la cuba bermain permainan ini. Pelbagai jenis mainan boleh anak-anak pilih sama ada mahu bermain game match maker, belajar mengira, membaca, melukis atau mewarna.


Disini terdapat beberapa sesi yang dibuka untuk anak-anak medapatkan cop, ibu ayah boleh la follow jadual permianan yang disediakan.


HARGA TIKET MASUK FANPEKKA

Dibawah ni aku senaraikan harga tiket masuk ke Fanpekka Taman Permainan kanak-kanak untuk keterangan lanjut..


Kanak-kanak

Kids below 2 years FREE

Weekdays – Rm70 per entry 

Weekends & Public Holiday – Rm78 ⏰️(masa tanpa had)

Dewasa 

Per Adult - Rm12

Lokasi:
FANPEKKA, Lot S102, 2nd Floor AEON MALL Tebrau City (New Wing), Taman Desa Tebrau, Johor Bahru.

Masa: 10:00 Pagi – 10:00 Malam

FB Page: FANPEKKA MY


Macam mana Ibu Ayah menarikkan Tonttus Toy Academy nie..Anak-anak juga boleh main Giant Slide, Rock Climbing, Flying Fox, Main Shopping Grocery, Main Masak-masak & macam-macam lagi. Puas betul anak-anak dapat bermain di Indoor Playground di Fanpekka nie. Disini tiada limit time untuk bermain pada hujung minggu. Jom bawa anak-anak meneroka Fanpekka di AEON Tebrau JB sekarang..😍






Post a Comment

0 Comments