Cerita mengenai raya haji ini syukur tahun ini aku mempunyai rezeki lebih untuk join ibadah korban. Sepanjang aku bekerja baru tahun ini aku dapat buat ibadah korban ini. Alhamdulillah aku diberikan kesedaran yang aku perlu usahakan untuk menyertai ibadah korban.
Pertama kali aku korban nie aku dapat rasakan bertapa bersyukurnya aku kerana terpilih untuk sertai ibadah korban ini. Cerita pasal korban banyak benda yang perlu kita korbankan seperti kesabaran, emosi, perasaan, harta, masa & bermacam-macam lagi. Kalau nak diluahkan memang banyak pengorbanan yang kita buat dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar.
Tahun ini family belah mertua aku korban seekor lembu & family belah aku pun korban seekor lembu jugak.. Belah mertua aku buat korban hari khamis.. Lepas solat raya aku, husbnd & anak tgk lembu orang lain korban dahulu..Sebelah petang nya baru family aku punya lembu pula korban.. Seronok dapat rewang dengan ipar duai agih² kan daging lembu untuk diberikan kepada yang memerlukan..
Esok nya pula hari Jumaat family belah aku pula buat korban.. Tapi ibadah korban nie family aku buat kat kampung mama aku kat pontian..Seronok juga dapat jumpa sepupu & makcik pak cik aku kat kampung setelah sekian lama tak jumpa.. Walaupun aku tak sempat tolong rewang agihkan daging tapi dpt juga aku tolong kemas² mana yang sempat..Sampai disini sahaja story aku untuk pengalaman korban tahun nie..Semoga semua ibadah korban aku diterima & Allah permudahkan urusan dunia akhirat..Aaminn
1 Comments
semoga segala ibadah kita terima Allah... Aminn
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.