Ticker

6/recent/ticker-posts

Pentingnya makan dengan cara yang betul?!!

Pentingnya makan dengan cara yang betul?! | Pernah tak korang terfikir dengan makan kita boleh menjadi sihat atau sakit. Selama ini apa yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan kita di masa akan datang. Zaman sekarang diusia yang muda ramai yang mengalami kesihatan yang merosot dan mengakibatkan kita jatuh sakit dan ada yang meninggal dunia dengan mengejut akibat dari serangan jantung iaitu penyakit yang popular dihadapi oleh orang zaman sekarang. 


Aku pun suka juga makan tapi kita boleh makan apa yang kita suka dengan cara pemakanan yang betul & masa serta kuantiti yang betul pasti kita boleh dapatkan menu yang sihat dan lazat. Kadang-kadang kita rasa tidak puas walaupun sudah makan dengan portion yang cukup atau mungkin korang mengalami proses pencernaan yang tidak selesa selepas makan?? atau mungkin cara makan korang yang tidak betul. Ramai diantara kita yang tidak sadar bertapa pentingnya cara makan yang betul untuk korang nikmati dengan lebih baik dan menjaga system pencernaan diri korang. Jom aku berikan korang beberapa tips tentang cara makan yang betul yang korang boleh terapkan amalan ini setiap hari.


TIPS CARA MAKAN YANG BETUL??

1) Pilih Makanan Yang Sihat & Lazat
Apabila kita menikmati makanan tidak semestinya kita perlu korbankan kesihatan kita. Terdapat banyak hidangan sihat yang lazat dan memuaskan. Korang boleh menggabungkan bahan-bahan yang segar, seperti sayuran, buah-buahan, ikan, dan bijiran & kekacang, ia dapat menghasilkan hidangan sihat yang penuh dengan nutrisi. Cuba korang eksplorasi pelbagai resepi makanan sihat dan cuba variasi yang menarik untuk memenuhi keperluan nutrisi korang sambil tetap menikmati cita rasa yang luar biasa.

2) Mengunyah Makanan dengan Terliti
Banyak kali kita cenderung terburu-buru ketika makan dan tidak memberikan waktu yang cukup untuk mengunyah makanan dengan baik. Mengunyah makanan dengan teliti adalah langkah penting dalam pencernaa yang sihat. Mengunyah makanan dengan perlahan membantu proses pencernaan dan penyerapan zat yang lebih baik untuk tubuh. Cubalah korang untuk mengunyah setiap gigitan makanan sehingga menjadi halus sebelum menelan.


3) Elakkan Makan Dalam Keadaan Teburu-buru
Apabila kita makan dalam keadaan terburu-buru ia dapat mengganggu pencernaan dan membuatkan kita tak sadar dengan isyarat kenyang. Ketika kita makan dengan terburu-buru, kita cenderung akan makan makanan dengan lebih banyak dari apa yang sebenar diperlukan. Cuba lah cari masa yang cukup untuk makan dengan tenang & santai sehingga kita dapat merasai kenyang secara semulajadi dan menikmati makanan yang kita makan.

4)Perhatikan Sukatan Makanan
Sukatan makanan adalah faktor penting dalam menjaga pola makan yang sehat. Setiap kali waktu makan kita cenderung mengambil makanan dalam sukatan yang banyak dari yang diperlukan. Perhatikan sukatan makanan yang tepat untuk makanan yang kita hendak makan dan usahakan untuk tidak makan makanan lebih dari yang diperlukan. Jika perlu, gunakan piring lebih kecil agar kita terhindar dari kecenderungan untuk mengisi piring secara berlebihan.

5)Pilih Makanan yang Seimbang
Penting untuk kita memilih makanan yang seimbang dan bervariasi untuk memenuhi keperluan nutrisi harian kita. Pastikan piring kita terdiri dari karbohidrat kompleks, seperti nasi putih atau roti gandum, protein berkualiti tinggi, seperti daging tanpa lemak, ikan, atau tauhu, serta pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan segar. Hindari mengambil makanan yang tinggi lemak tepu, gula, atau sodium yang berlebihan.

6)Minum Air yang Cukup
Kita banyak kali terlupa pentingnya minum air yang cukup apabila waktu makan. Minumlah air dalam kuantiti yang cukup selepas makan dan juga sepanjang hari. Air membantu mencernakan makanan, menjaga keseimbangan cecair dalam badan, dan membantu mengawal nafsu makan. Hindari minuman yang manis atau tinggi kandungan gula seperti minuman bergas.

Apabila korang amalkan kan tips-tips ini korang pasti akan terbiasa dengan sendiri nya untuk tidak minum minuman yang manis & lebihkan pengambilan air putih.






Post a Comment

3 Comments

  1. Pentingkan, sebab kesan dia boleh jadi teruk jika diabaikan.

    ReplyDelete
  2. Minum air yang cukup tu rasa kekurangan sikit. Rasanya saya kurang minum air.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.