Ticker

6/recent/ticker-posts

SYARAT & RUKUN BERPUASA DIBULAN RAMADHAN

SYARAT & RUKUN BERPUASA DIBULAN RAMADHAN | As'salam & hye semua..Kali nie aku nak share dengan korang tentang syarat & rukun berpuasa dibulan ramadhan.. Semoga info ini dapat mengingatkan & memantapkan lagi ilmu kita tentang berpuasa dibulan ramadhan..


Syarat Wajib Puasa

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata Masuknya Bulan Ramadhan


Rukun² Puasa

1. Orang Yg Puasa.
2. Berniat.
3. Menahan Diri Drpd Perkara Yg Membatalkan Puasa.

Perkara Yg Membatalkan Puasa

1. Makan Dan Minum Dgn Sengaja
2. Memasukkan Dgn Sengaja Benda Ke Dlm Rongga Yg Terbuka
3. Muntah Dgn Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dgn Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari 

Perkara Sunat Ketika Puasa

1. Segera Berbuka Puasa.
2. Berbuka Dgn Kurma/Juadah Manis.
3. Baca Doa.
4. Melambatkan Bersahur.
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan.
6. Sentiasa Bersedekah.
7. Jauhkan Diri Drpd Bercakap Perkara Yg Sia² Dan Perbuatan Yg Tidak Membawa Manfaat.
8. Mandi Junub Lebih Awal Sebelum Masuk Waktu Subuh. 

Makruh Ketika Puasa

1. Bersuntik.
2. Berbekam.
3. Berkumur-Kumur.
4. Memasukkan Air Ke Dlm Rongga Hidung Secara Berlebihan.
5. Mandi Yg Berlebihan.
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah.

Golongan Yg Wajib Qada' Puasa

1. Orang Sakit Yg Ada Harapan Utk Sembuh.
2. Orang Yg Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yg Kedatangan Haid Dan Nifas.
4. Orang Yg Meninggalkan Niat Puasa.
5. Orang Yg Sengaja Melakukan Perkara² Yg Membatalkan Puasa.
6. Orang Yg Pitam/Mabuk. 
7. Orang Yg Sangat Lapar Dan Dahaga.


Mereka Yg Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa

1. Mereka Yg Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Utk Setiap Hari Yg Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan) 

2. Orang Sakit Yg Tidak Ada Harapan Utk Sembuh 

3. Orang Yg Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Utk Berpuasa 

4. Orang Yg Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Drpd Harta Pusakanya) 

5. Perempuan Yg Mengandung/Yg Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yg Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya.

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan

Orang Yg Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua² Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :- 

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin Lelaki/Perempuan
(Sekiranya Tidak Mampu) 

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut² Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya) 

3. Memberi Makan Kpd 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat.

Tingkatan Puasa

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak. 

2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Drpd Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Drpd Perkara Di Atas. 

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi Puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dgn Puasa Hati Drpd Semua Keinginan Zahir Dan Batin.

Mereka Yg Di Benarkan Meninggalkan Puasa

1. Orang Yg Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yg Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran. 

2. Orang Musafir. 

3. Org Yg Terlalu Tua Dan Amat Lemah.

4. Orang Yg Tersangat Lapar Dan Dahaga. 

5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yg Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yg Di Susui Itu. 


LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN (HARIAN) BESERTA BACAAN RUMI

*نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى*
Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala


Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala_ 

LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN SEBULAN (SEPENUHNYA)

*نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى*
Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
_Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala_ 

BACAAN DOA BERBUKA PUASA

*اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين*
Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
_Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dgn Engkau aku beriman, dgn rezeki Engkau aku berbuka, dgn rahmat Engkau wahai yg Maha Pengasih dan Penyayang_ 

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kpd Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kpd Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Drpd Tahun Sebelumnya Dan Dapat Memperbanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
In Shaa ALLAH..
😀😀😀 

* Berbuka puasa dgn buah kurma + minum air suam. 

** JANGAN minum minuman bergas + ais

*** JANGAN tinggalkan solat sunat Taraweh yg hanya ada dlm bulan Ramadhan.

Wallahualam...

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.