Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadhan 2023 - Rempah Ratus Ramadhan di Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadhan 2023 - Rempah Ratus Ramadhan di Impiana Hotel Senai | As'salam & hye semua.. ada yang tanya aku ada ke buffet ramadhan area Senai atau Skudai..Mestilah ada korang dekat je korang nak pergi tak payah susah-susah nak redah traffic jam time peak hour kan..Jom aku share kan dengan korang buffet ramadhan di Impiana Hotel Senai.. Hotel ini dekat je dengan bandar senai, tak susah pun korang nak cari korang boleh waze jer confirm ada.. Kali ini Impiana Hotel Senai membawakan tema Rempah Ratus Ramadhan.. 


Pelbagai menu yang dimasak dengan rempah ratus pasti membuka selera korang antaranya Sup Gear Box, Nasi Briyani Gam, Kambing Golek, Ayam Pasu, Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Goreng Mamak & macam-macam lagi..




Kalau waktu berbuka aku paling suka cari nasi.. Kat sini bermacam-macam menu utama yang sedap-sedap antaranya Daging Masak Hitam, Ayam Kalio, Sotong Masak Paprik, Ikan panggang, Kupang Goreng Kunyit, Udang Masak Lemak Nenas, Telur Bungkus Ala Thai, Sayur Campur Goreng. Bukan itu sahaja korang boleh makan dengan pelbagai ulam-ulaman, aneka sambal, aneka kerabu & Ikan Masin memang berselera la korang makan nanti..






Kalau korang dah selesai makan korang nak cuba menu kudap-kudapan boleh la makan Lemang dengan serunding ayam & daging, BBQ station pun ada juga boleh la korang makan ikan, kepak ayam, otak-otak, sotong atau satay..



Menu goreng-goreng pun ada juga seperti Pisang Goreng, Karipap, Samosa, Cucur ikan bilis, Tempe & Cendawan Goreng.




Roti Canai, Murtabak & Roti John pun kena ada juga tau sedap dimakan dengan kuah kari dalca..Makan panas-panas sedapnya..



Untuk yang gemar makan Bubur Lambuk jangan lupa cuba tau..Serius sedap beb..Aku dua kali tambah tau..HeHe 



Rojak Buah & dessert korang jangan lupa makan ya..Rugi tak makan..Kek dia sedap-sedap belaka..Kalau tengah makan tu jangan lupa rasa semua air kat sini ada 7 jenis air korang kena rasa tau..Air panas seperti coffee machin & teh tarik pun ada juga..

Macam mana menarikkan..Jom cepat-cepat booking takut slot penuh nanti tarikh yang korang nak..

꧁•⊹٭𝙱𝚄𝙵𝙵𝙴𝚃 𝚁𝙰𝙼𝙰𝙳𝙷𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟹٭⊹•꧂
📌Impiana Hotel Senai
📅25 March ~ 20 April 2023
⏰️6.30pm ~ 10pm

🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
💰RM98 Dewasa
💰RM45 Kanak-kanak (6~12thn)

Utk tempahan hubungi
☎️ +607-595 8898
☎️ +6016-713 4590

🕌Ruang solat disediakan

Post a Comment

0 Comments