Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadhan 2023 - Lambaian Ramadhan di Tanjung Puteri Golf Resort Pasir Gudang

Buffet Ramadhan 2023 - Lambaian Ramadhan di Tanjung Puteri Golf Resort Pasir Gudang | As'salam & hye semua..Ada yang mencari buffet ramadhan di  sekitar pasir gudang?? Tanjung Puteri Golf Resort  menyajikan 100 hidangan menu² yang menarik pasti membuka selera korang antaranya Nasi Biryani, Kambing Golek, Satay, Char Kuew Teow, Roti Canai, Murtabak & macam-macam lagi..


Disini juga ada menyediakan hidangan menu utama yang bertukar menu setiap hari seperti daging biryani, Daging Black Papper, Ikan 3 rasa, Sotong masak hitam, udang masak sambal, Dalca tetel, Lemak Labu, terung berlado & mcm² lagi.. Paling aku suka daging beriyani nya sedap memang kena dengan tekak aku..




Kalau makan nasi mesti nak kena ada ulam-ulaman kan..Jangan takut kat sini pun ada disediakan ulam-ulaman & aneka jenis sambal pasti membuka selera korang untuk tambah lauk..HeHe 



Aku paling suka menu makanan panas kat sini ada seorang uncle nie lagend betul pandai dia masak Char Kuew Teow sedap sangat..Rugi kalau korang datang sini tapi tak rasa..Mee Goreng pun ada jugak..




Bukan itu sahaja menu makanan panas kat sini korang jugak boleh nikmati roti canai & murtabak panas-panas terus kepinggan korang tau..Kambing golek kat sini pun sedap jugak sebab chef cakap dia perap kambing nie guna 16 jenis herba & rempah ratus selama 36 jam tau..Perghh..mmg patut la rasanya sedap.. Ayam Panggang & seafood BBQ sedap juga dia masak panas-panas..Korang boleh makan dengan pelbagai sos yang sedap.


bila dah selesai makan boleh la cuba makan aneka kuih-muih & dessert..Rambang mata nak pilih kuih yang mana semua nmpk sedap & memang favret aku..Bila sebut jer dessert paling aku suka dessert puding kat sini..rasa sejuk jer tekak..memang sedap la makan santai-santai..😊🤗




Bagi aku berbaloi makan kat sini sebab semua menu pasti membuka selera korang..Tempat nya dekat jer kalau aku yg tinggal kat pasir gudang nak singgah berbuka disini..Jalan pun tak jem sangat so ada la masa nak balik mandi siap² bawa family dlu baru pergi berbuka disini..

Kalau korang yang sukakan ootd boleh la bergambar di ruang tengah yang cantik dihias mengikut tema hari raya..Cantik sangat aku tengok props tu..😍😍


Untuk korang yang nak booking slot buffet ramadhan disini boleh la contact detail dibawah ini..Korang yang dh beli voucher akan berpeluang menyertai lucky draw yg dibuat disini..


꧁•⊹٭𝙱𝚄𝙵𝙵𝙴𝚃 𝚁𝙰𝙼𝙰𝙳𝙷𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟹٭⊹•꧂

📌Tanjung Puteri Resort
📅27 March ~ 20 April 2023
⏰️6.30pm ~ 9.30pm

🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
💰RM98 Dewasa
💰RM49 Kanak-kanak (4~12thn)

📣📣EARLY BIRD (27 ~ 29 March 2023)
BUY 10 FREE 2 

Utk tempahan hubungi
☎️ +607-271 1888
☎️ +6017-743 2711

🕌Ruang solat disediakan

Post a Comment

0 Comments