Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadhan 2023 - Citarasa Dua Benua di Westin Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadhan 2023 - Citarasa Dua Benua di Westin Hotel Desaru Coast | Sebut Westin Hotel jer semua orang tahu hotel nie kat mana, sebab hotel ini berdekatan dengan Desaru Coast waterpark. Tahun ini aku pertama kali aku jejak kan kaki di Westin Hotel nie, kali ini aku menerima undangan Media Preview Buffet Ramadhan disini. Tahun lepas tak dapat pergi sebab masa itu aku tidak berkesempatan untuk pergi. Walaupun agak jauh dari rumah aku tapi aku dah biasa dah dengan jalan nak ke Desaru, sebab kalau nak ke rumah makcik aku memang gunakan jalan yang sama untuk ke air tawar 5..


Kalau korang nak tahu permandangan dekat hotel nie cantik..Bila aku smpai jer dekat cafe nie rasa tenang jer..Kat sini korang boleh makan sambil layan tiupan angin laut yang mendayu-dayu menyentuh pipi.. HaHa 





Cerita pasal makan aku nak story dengan korang makanan yang korang boleh cuba bila berbuka puasa disini.. Tahun ini ia bertemakan Citarasa Dua Benua yang bertempat di cafe Seasonal Taste.. Menu² masakan tempatan dan antarabangsa ini dipilih oleh Chef Jaffery sendiri..Ia membawakan masakan dari timur tengah dengan pelbagai menu pasti membuka selera korang..Pilihan hidangan Timur Tengah ini termasuk meze panas dan sejuk - pilihan hidangan ini dihidangkan sebagai pembuka selera seperti Falafel, Kibbeh, Tabbouleh, Hummus, Baba Ganoush, Salad Fattoush, Dolmas, Halloumi Bakar dan Ful Medames. 






Pilihan menu hidangan utama yang menarik termasuk Chicken Shish Tawook, Lamb Moussaka, Kharoof Mahshi, Ayam Shwarma, Sotong Mentega Bawang Putih Bakar, Ayam Kabsah, Kambing Seluruh Harissa yang diperap memang sedap..







Untuk hidangan melayu yang paling digemari juga ada disediakan antaranya..Lemang, Ketupat, Sate Lembu dan Ayam, Daging Rendang Minang, Daging Masak Merah, Udang Galah Sambal Petai, Ayam Masak Pongteh, Laksa Johor, Assam Laksa, Ikan Bakar dan Sup Daging Berempah. Walaupun pilihan adalah banyak, sepanjang hari restoran makan juga akan menyajikan hidangan di bahagian Cina, serta yang ditampilkan bahagian masakan asli India yang disediakan oleh Chef Rajendra Singh yang berasal dari India.







Akhir sekali bahagian yang dinanti-nantikan iaitu bahagian pencuci mulut, korang boleh lah maniskan mulut korang dengan hidangan dessert yang sedap dari timur tengah antaranya Baklavas, Muhallabiyeh, Balah El Sham, Umm Ali, Basbousa hingga Kuih-Muih Melayu, Dodol, Bubur Kacang Jagung, aneka kuih muih dan Ais Krim Turki dan bermacam-macam lagi..




Masa preview hari tu aku cuba la kambing harissa sedap dimakan dengan nasi biryani dari india..Kambing tu makan dengan pencecah hijau memang menyelerakan..Yang menjadi pilihan aku pada malam itu antaranya mee kari, laksa johor,udang masak lemak,roti nan makan dengan humuss, udang butter & kebab.. Dessert² nya pun sedap semuanya..Teh tarik dia pun sedap smpi 2 kali aku tmbh..😊

Korang nak tahu tak Buffet Makan Malam Citarasa Dua Benua Seasonal tastes tersedia dari 27 Mac hingga 21 April 2023  sahaja tau.. Berminat booking cepat² untuk promo early bird sebelum kehabisan..Sila lihat detail kat bawah ini utk booking..

꧁•⊹٭𝙱𝚄𝙵𝙵𝙴𝚃 𝚁𝙰𝙼𝙰𝙳𝙷𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟹٭⊹•꧂
📌Hotel Westin Desaru Coast
📅27 March ~ 12 April 2023
⏰️6.30pm ~ 10.30pm

📣📣🅔🅐🅡🅛🅨 🅑🅘🅡🅓 🅟🅡🅞🅜🅞
💰RM98+ Adult
💰RM49+ Children (4~12yrs)
(1~26 March 2023)

🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
💰RM128+ Adult
💰RM64+ Children
(Applicable 27 March 2023 onwards)

📣📣BUY 10 FREE 1

Utk tempahan hubungi
☎️ +607-838 3333
🕌Ruang solat disediakan


Post a Comment

1 Comments

  1. Wahhhh.. baloi jugak harga dengan tempat tu, Suzie. Westin memang cantik giler la bagi akak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.