Buffet Ramadan 2023 - Juadah Big Box di Hotel Sunway Big Box Iskandar Puteri | As'salam & hye semua..Korang pernah tak berbuka puasa di Hotel Sunway Big Box?? Mesti ramai yang suka jalan-jalan shopping kat Sunway Big Box kan..Dekat area situ banyak tempat riadah yang boleh korang buat sebelum tiba nya waktu berbuka puasa..Kali ini aku nak kongsikan dengan korang buffet ramadhan yang berlangsung sepanjang bulan ramadhan di Hotel Sunway Big Box ini..Korang tak perlu pergi start kereta cari tempat berbuka lain, korang boleh jer makan berbuka puasa disini pasti membuka selera & korang banyak pilihan untuk makan pelbagai menu yang sedap-sedap.
Pada tahun ini ia membawakan tema Juadah Big Box..Disini ia menghidangkan menu masakan melayu yang pasti membangkit selera korang.. Pelbagai lauk pauk yang menjadi kegemaran aku ada disediakan disini..Masa aku smapai disini sambil snap gambo teruja tgk lauk pauk nie..Macam-macam hidangan aku nak cuba bila dh selesai kerja aku..HaHa
Menu special yang berada di stall-stall pun ada juga tau, antaranya Nasi Biryani, Kambing Golek Carcass, Mee goreng mamak, Char Kuew Teow, Ikan siakap asam pedas, Gear Box & Sup Kambing, Daging Batang Pinang Gulai Kawah, Shellout, satay & aneka goreng-goreng. Banyakkan menu yang disediakan, aku pun jadi rambang mata bila nak pilih yang mana satu harus aku mulakan dahulu untuk makan..HaHa
Antara menu lauk pauk untuk main course ialah Asam Pedas Ikan Mayung, Ikan Patin Masak Tempoyak, Telur Itik Masak Lemak Cili Api, Nasi ulam, lemak labu & macam² lagi..Kalau korang suka puyuh goreng berempah pun ada jgk..
Mesti korang nak tau kan menu apa yang aku hunting kat sini..Menu pertama yang aku cuba ialah Nasi Biryani & Kambing Golek, sedap sangat bila dah makan..Daging dia lembut & juicy patut la kawan aku cakap kambing golek kat sini paling sedap sebab chef nya memang pandai perap kambing golek nie..Kata nya resepi rahsia..Haha Sambil makan kambing nie aku sempat la basahkan tekak dengan air kelapa fresh, nikmat betul minum sejuk-sejuk nie.
Bukan itu sahaja korang boleh makan durian juga tau..korang boleh makan seberapa bnyk durian yg korang nak..Dia orang dh sediakan tinggal makan smbil melihat keindahan malam ditepi swimming pool dgn mendengar alunan suara kumpuln basking yg menghiburkan pada mlm itu..
Nak makan aiskrim Baskin Robin pun ada jgk tau..Korang boleh pilih pelbagai flavor & topping yg korang nak..ABC pun disediakan jugak..Macam mana bestkan.. Korang pasti puas hati bila dapat berkunjung sambil menikmati Juadah Big Box di Hotel Sunway Big Box ini..
Apa tunggu lagi cepat² booking slot berbuka puasa korang sebelum tempat fully booked..Jom lihat detail dibawah ini untuk keterangan lanjut..👇👇
꧁•⊹٭𝙱𝚄𝙵𝙵𝙴𝚃 𝚁𝙰𝙼𝙰𝙳𝙷𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟹٭⊹•꧂
📌Hotel Sunway Big Box, Iskandar Puteri
📅25 March ~ 20 April 2023
⏰️6.30pm ~ 10pm
📣📣🅔🅐🅡🅛🅨 🅑🅘🅡🅓 🅟🅡🅞🅜🅞
💰RM118 nett per Adult
💰RM59 nett per Child
*Beli voucher 22 Feb sehingga 22 Mar 2023*
🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
💰RM138 Nett 👨🧕Adult
💰RM69 Nett 👫Child (6~12thn)
Utk tempahan hubungi
☎️ +6011-21655355 / +6019-2334738
🕌Ruang solat disediakan
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.