Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman makan Wagyu A5 di KINGLY WAGYU HOUSE JAPANESE BARBECUE

Pengalaman makan Wagyu A5 di KINGLY WAGYU HOUSE JAPANESE BARBECUE | Salam hujung minggu korang yang sudi baca blog aku. Hujung minggu nie bestkan kalau ada aktiviti yang boleh korang buat bersama kawan-kawan, keluarga atau pasangan. Dapat jalan-jalan cari makan pun dah ok kan. Baru-baru ini aku ada pergi suatu tempat yang aku tak pernah pergi pun sebelum ini. Nama tempat ini KINGLY WAGYU HOUSE JAPANESE BARBECUE. Aku pun ajak kawan-kawan aku cuba makan kat restoran ini. Aku dengan kawan-kawan aku memang minat dengan makanan jepun ini.



Dekat sini bukan sahaja makanan jepun seperti sushi sahaja yang disajikan, pelbagai menu lain juga ada, yang paling disukai pengunjung disini ialah daging wagyu. Korang pernah makan daging wagyu?? Wagyu ialah nama yang digunakan oleh orang jepun untuk lembu. Wagyu merupakan kata dalam bahasa Jepun yang memiliki makna wa (Jepun) dan gyu (daging lembu). Tapi bukan semua lembu korang boleh panggil lembu ia merupakan istilah wagyu ini yang merujuk pada potongan daging dari pelbagai ras sapi terbaik di Jepang. Kalau bahasa yang mudah faham ia mabling iaitu bentuk-bentuk urat pada daging lembu. 

Lembu-lembu ini dijaga dengan teknik khas untuk mendapatkan tekstur daging yang terbaik seperti 
*Memberikan urutan bagi melancarkan perjalanan darah.
*Memberikan makanan yang penuh nutrisi
*Tempat ternakan jauh dari kesibukan & tidak membuatkan lembu stress
*Lembu diberikan pencahayaan yang baik & muzik yang tenang untuk mood yang baik.

Sebab itu harga wagyu ini mahal. Dah macam duduk hotel lembu wagyu ini kan..HaHa Korang jangan terkejut, lagi tinggi mabling wagyu lagi mahal la harga nya. Kalau korang nak yahu struktur lemak wagyu berbeza dengan lemak daging yang lain kerana mempunyai kandungan lemak mono tidak tepu dan kepekatan asid oleik yang tinggi sekaligus menjurus takat lebur lemak yang rendah (low fat-melting point). Ini membuatkan tekstur wagyu lembut dan rasa yang memuaskan. Takat lebur yang rendah juga akan mencairkan lemak pada suhu mulut dan sering disebut sebagai ‘cair di mulut’.


Cerita pasal wagyu ini di Kingly ini ia menyediakan daging wagyu yang betul-betul Halal yang mengikut kaedah penyembelihan yang betul & ada pensijilan halal dari negara tersebut. So korang boleh la makan tanpa was-was. 



Masa aku datang kat Kingly ini konsep restoran nya sangat tenang & privacy. Korang akan rasa selesa & tenang jer bila makan disini. Memandangkan datang sini memang nak makan wagyu kita orang oder la set Lembu Emas, set ini ia hidangkan beberapa potong jenis daging wagyu mengikut gred untuk korang rasa kelembutan daging wagyu ini. 





Kita orang ada juga oder menu lain seperti Seafood Hot Pot, Frief Rice Wagyu Beef, Unatamadon (Nasi dengan ikan), Wagyu Curry Don (Nasi Kari Wagyu), Chicken Chashu Ramen, Sushi Platter, & Chicken Black Tuffle Yaki Gyoza. Puas makan menu kat sini, semua menu yang kita orang oder sedap & kena dengan tekak masing-masing.




Dekat sini korang boleh pilih sama ada nak grill daging wagyu sendiri atau nak minta bantuan pelayan disini grill kan. Disebabkan aku tak biasa nak grill daging wagyu nie aku memilih untuk minta bantu pelayan disini serve kan, Kalau aku yang grill sendiri mahu over cook nanti rugi la kan..HaHa Pelayan disini mesra sangat. Sambil dia panaskan arang dia terangkan la beberapa step cara nak grill. Korang perlu panaskan api, bila dah cukup panas nnt dia akan letak kan lemak wagyu untuk di griskan diatas tmpt grill. Bila tengok lemak tu cair kena haba membara apa kat tmpt grill tu..

Sedap bau aroma lemak wagyu tu bikin aku jadi laparrr..HaHa Setelah selesai disapu lemak wagyu baru lah ia letak beberapa keping daging wagyu dekat tempat grill. Daging wagyu nie tak boleh masak lama-lama cukup 5 saat dh kena terbalikkan daging tu,  lepas tu korang kena makan daging tu. Makan masa panas-panas memang sedap, daging tu tak perlu kunyah lama-lama terus rasa macam cair kat mulut. Nikmat betul makan kat sini boleh jadi pengalaman pertama aku makan daging wagyu nie.. Selesai semua jenis daging wagyu pelayan itu grill kan kita orang pun sambung makan menu lain yang dah sampai tu.


Dekat sini bukan hanya makan sahaja, selain itu korang juga boleh memilih untuk bermain Indoor Golf Range di tingkat dua atas restoran ini. Syok juga aku tengok ada pelanggan yang datang sini main glof range nie..Nampak macam senang tapi nak pegang kayu golf nie ada teknik & cara yang betul sbelum memukul bola golf. Kalau salah cara pegang confirm kayu golf tu terbang korang hayun semasa nak pukul bola golf nanti. Aku cuba la try ingatkan senang hayun macam nak menebas rumput tu rupa nya bukan, kalau salah cara nak pusing sambil hayun mau tergeliat pinggang aku nanti..HaHa




Di tingakt tiga pula ia ada menyediakan tempat karaoke. Sambil makan korang juga boleh la sumbangkan suara korang yang lemak merdu tu.HaHa bilik nie aku tengok dah macam bilik VVIP pulak. Kalau nak main golf pun ada juga. Sambil makan main golf lepas tu karaoke memang happening la. Kalau korang nak tau info lanjut tentang menu-menu yang korang nak tahu boleh la tengok kat SINI.

Sampai disini sahaja perkongsian aku makan wagyu A5 di KINGLY WAGYU HOUSE JAPANESE BARBECUE nie. Next time aku share pengalaman kat tempat lain pula ya.


KINGLY WAGYU HOUSE JAPANESE BARBECUE
No.193, Jalan Sentral 24, Taman Nusa Sentral 79100 Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.
Buka Setiap Hari
3pm ~ 11pm (last call 10pm)
Dine in / Takeaway
HP: 013-880 1193










Post a Comment

1 Comments

  1. perghhh..pekena wagyu...melt in your mouth...seronok kan gathering ramai- ramai and makan sedap2

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.