Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Arab Yaman Cuisine sedap di Restoran Star Hadramout JB

Sedapnya makan Nasi Arab masakan Yaman di Restoran Star Hadramout JB | Selama ini tak tahu pula kat JB nie ada bermacam-macam versi masakan nasi arab. Kali ini aku berkesempatan merasai menu nasi arab yang dimasak oleh orang Yaman.. Cara orang Yaman masak berbeza, ia menggunakan rempah rahsia yang aku pun tak tahu. Tapi bila aku rasa sendiri masakan orang Yaman nie sedap memang betul-betul berbeza dari segi bahan masakannya, rasa yang sedap dan moist nasi nya membuatkan selera aku terbuka untuk tambah nasi lagi..HaHa



Aku pergi makan nasi arab dengan kawan-kawan JDT Blogger iaitu Kak Ida, Shuhada, Juju & Ajan. Syukur kali ini kita orang dapat berkumpul sama-sama. Bila tengk menu jadi rambang mata pulak, sampai tak tahu nak pilih apa sebab banyak sangat menu dalam list tu. Kita orang pun minta la bantuan pekerja disitu untuk dia orang pilih kan menu mana yang menjadi kesukaan pengunjung disitu. Bila makanan dah smpai rasa banyak pula yang kita orang oder. 


Terkejut pula bila Roti Muluwah itu sampai iaitu roti yang menjadi kesukaan masyarakat Yaman. Mana taka terkejut roti muluwah ini lebih besar size muka aku. Roti ini korang boleh la oder mengikut size iaitu size S,M & L. Aku oder roti size L sebab kami makan berlima, itu pun makan tak habis..HaHa


Roti Muluwah ini tak lengkap kalau tak dimakan bersama Mix Grill chicken & Beef serta Humus. Dalam plate Mix Grill tu ada kebab ayam, kebab daging, chicken grill & beef grill. Ia sediakan sekali dengan garlic sos..sedap makan cicah sos tu tau, sos garlic ini dibuat homemade dengan resepi tersendiri. 


Korang juga boleh try makan roti muluwah ini dengan humus. Pelbagai jenis humus disediakan didalam set ni ada Tabbouleh, hummus, muttabal, arabic salad, baba ghanouj dan Fattoush. Aku paling suka hummus & tabbouleh, ia diperbuat dari kacang kuda putih. Rasa nya lemak-lemak kacang macam tu. Dicampur dengan minyak zaitun memang healthy la. Kalau muttabal & baba ghanouj ialah makanan yang diperbuat daripada terung yang diambil isi nya, rasa nya un sedap lemak-lemak mcm tu tapi masa makan memang tak rasa terung. Arabic salad & fattoush ialah salad tomato campur timun serta cheese cube memang sedap makan befitu sahaja.


Selesai makan roti muluwah, kebab & humus kita makan pula main dish kat sini iaitu Nasi Arab Yaman.. Dalam set nasi arab ini ada 3 jenis nasi iaitu Nasi Mandy, Nasi Khabsah & Nasi Maqlubah. Korang boleh pilih sama ada nak lauk ayam sahaja, daging kambing sahaja atau nak campur-campur. Daging yang dia masak lembut, juicy dan memang berasa..Rasa daging tu mamang menyerap dengan rempah rahsia yag dimasak. Nasi nya pun lembut dan tidak kering. Ia dimakan bersama sup, kuah lada & lada hijau besar. Setiap jenis nasi berbeza rasanya. Tapi bila aku makan campur semua terasa ramuan rempah yang sedap disitu.




Kalau korang tak pernah rasa nasi arab masakan Yaman ini korang boleh la ke Restoran Star Hadramout.. Detail lokasi atau untuk membuat tempahan maupun delivery boleh la lihat di bawah ini..

꧁•⊹٭RESTORAN STAR HADRAMOUT٭⊹•꧂
📌No 3A Jalan Tebrau Kg. Wadi Hana JB
🗓Buka setiap hari
⏰️11am ~ 2am
Utk tempahan atau delivery hubungi;-
📲+6011 1185 4766

Google Map :https://goo.gV/maps/ZeJoyuvQaa4qWezx7

FB:https://m.facebook.com/restoranstarhadramout/
IG :https://instagram.com/restoranstarhadramout


Post a Comment

0 Comments