Buffet Ramadan 2023 - Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet di Renaissance Hotel Johor Bahru | Bila sebut saja sajian tradisi pasti nya membuatkan aku teringat akan daging dendeng yang aku makan masa ramadan preview di Renaissance Hotel Johor Bahru minggu lepas. Ramadan preview kali nie meriah dengan ada nya pelbagai juadah berbuka puasa yang sedap-sedap, juadah kali ini telah disediakan lebih dari 200 hidangan oleh chef-chef yang bengalaman pasti membuatkan korang teruja untuk mencubanya.
Sempena tema yang digunakan ini, menu-menu sajian tradisi yang korang mesti cuba ialah signature gulai kawah seperti Dendeng Daging, Asam Pedas Ekor, Udang Masak Lemak Nenas, Kambing Masak Kismis, Ikan Sambal Berlado Hijau,Sambal Sotong Petai.
Menu-menu ini korang boleh dapat kan pada hari yang tertentu sahaja seperti hari Isnin, Rabu & Jumaat. Aku dah cuba menu-menu ini, yang paling aku suka daging dendeng memang terasa rempah nya, tekstur daging yang lembut membuatkan aku tak risau kalau nak makan banyak..HeHe Asam Pedas Ekor pun menjadi pilihan aku time tu..Rasa kuah asam pedas memang ngam teruk la sedap dimakan ratah gitu jer..
Untuk hari Selasa, Khamis, Sabtu & Ahad bagi signature gulai kawah pula ia menyediakan menu seperti Kambing Masak Kandar, Itik Bakar Masak Lemak Cili Padi, Puyuh Goreng Daun Kemangi, Rendang Daging Cili Api, Udang Masak Lemak Tempoyak, Ikan Goreng Tiga Rasa. Semua menu nie memang favret food aku. Puas makan kalau dapat merasa semua masakan..HeHe
Buffet kali nie aku tengok ia banyak berasaskan dengan daging lembu & kambing.. Mesti ramai kan peminat kambing kat sini..HeHe Kambing Golek ada, Sup Kambing merah ada..Sup tulang lembu pun ada.
Kalau korang minat makan makanan Indian Cuisine menu ini pun ada juga seperti Roti Canai, Roti Bom, Kari kepala Ikan,Chana Masala, Aloo Gobi Matar, Dhall Curry & lain -lain lagi. Menu ini kalau makan dengan nasi ataupun roti canai pun sedap jgk..
Semasa aku tengah ambil makanan dekat bahagian luar mata aku tertumpu tempat orang berkumpul, aku pun tertanya-tanya la..Apa dia orang buat kat situ ya? Rupa-rupanya ramai yang sedang menunggu chef sedang menggoreng udang galah besar. Aku pun tak nak mengalah juga aku sanggup tunggu udang siap digoreng.. Walaupun kawan-kawan aku yang lain sudah start makan makanan yang lain aku tetap nak tunggu jugak.. Akhirnya dapat juga aku merasa setelah menunggu lebih kurang 5 minit.. Sedap korang makan udang panas nie, rasa nya manis & fresh.
Jom kita tgk menu² yg menarik disini..
Untuk dessert korang boleh nikmati pelbagai jenis dessert & kuih muih. Semuanya menu disini sedap & bebaloi
📌CAFE BLD, RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU
⏰️6.30pm ~ 10pm
🗓23 Mar ~ 21 Apr 2023
📣📣🅔🅐🅡🅛🅨 🅑🅘🅡🅓 🅟🅡🅞🅜🅞
💰Purchase Date (15 February until 21 March 2023)
Buy 10 Get 3 Complimentary
💰Purchase Date (15 February until 21 March 2023)
Buy 10 Get 1 Complimentary
💰15% discount for member club Renaissance JB
💰10% discount for maybank & standard chartered bank card holder
💰10% discount for Marriot Bonvoy member.
🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
💰RM188 Nett 👨🧕Adult
💰RM94 Nett 👫Child (6~12thn)
꧁•⊹٭𝙱𝚄𝙵𝙵𝙴𝚃 𝚁𝙰𝙼𝙰𝙳𝙷𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟹٭⊹•꧂
Utk tempahan hubungi
📱https://wa.me/60177713327
💻https://bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐www.cafebld.com
🕌Ruang solat disediakan
1 Comments
Meriahnya menu sesedap
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.