Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadan 2023 - Anyaman Rasa Timur di Holiday Inn JBCC

Buffet Ramadan 2023 - Anyaman Rasa Timur di Holiday Inn JBCC | Hye orang bandar JB lepas shopping barang nak raya boleh la singgah Iftar kat Holiday Inn JBCC nie.. Kali ini tema yang dibawa sangat menarik..Sebelum nie tema nya meriah jugak cuma kali ini lagi meriah sebab semua menu-menu favret aku ada kat sini..Tema kali ini ia nama kan  Anyaman Rasa Timur bila sebut jer mesti korang dah tau menu-menu yang pasti akan membuka selera korang untuk mencuba nanti..

buffet ramadhan 2023

Untuk korang yang minat asam pedas pasti akan mencari menu nie kan..Kat sini ia menghidangkan Asam Pedas Ekorr guyss.. Masa nak cedok masih menggelegak kuah asam pedas tu dalam kuali tau.. Sedap makan panas-panas daging ekor nya pun lembut jer.. Sedap aku hirup kuah asam pedas tu panas-panas.. Aku makan kuah asam pedas tu dengan lemang.. Lemang pulak lemak-lemak gitu memang bertambah la kesedapanya.. Kalau aku jumpa lempeng dah lama dah aku cicah dengan kuah asam pedas nie..HaHa Kuah asam pedas nie tak pekat & tak cair.. Sedang-sedang mcm tu so memang kena la dengan tekak aku..


Menu kedua yang aku suka kambing goleksss guys.. Kambing goleks kat sini daging nya lembut & juicyyy..Ada bermacam gravy yang korang boleh cuba..Kambing golek nie korang juga boleh makan bersama nasi arab guys..Kat sini dia orang sediakan 3 jenis nasi arab, korang boleh pilih samam ada nak Nasi Khabsa, Nasi Mandy atau Nasi Bukhari.. Dah makn nasi arab korang mesti kena cuba try roti naan pula..Roti Naan ini korang akan dapat yang  fresh from oven tau..Memang lembut rotinya, ia juga boleh dimakan bersama dengan ayam tandoori atau daging shawarma. 







Ini baru menu arab korang juga boleh cuba menu kampung seperti paru berlado, sambal sotong petai, ketam berempah, daging masak kicap, kerabu perut, kerabu daging, kerabu mangga, ulam-ulaman dan macam-macam lagi..Tak lupa juga ikan bakar berempah pun ada..



Bila dah selesai makan korang boleh la makan kudap-kudapan dengan pasemboq, dalam pasemboq korang boleh la buboh tahu, tempe,sosej & sayur-sayur hiasan yg lain. Kuah pasemboq nie pekat & sedap. Untuk peminat sate boleh la korang makan sate yg disediakan iaitu sate ayam & satay daging berserta dengan timun & bawang. 



Buffet ramadan nie tak lengkap klo tak ada lemang & ketupat, sedap kalau dimakan bersama serunding daging & ayam.. Korang jugak boleh menikmati kuih-muih pelbagai jenis. Pencuci mulut lain seperti buah-buahan, kek, puding, bubur kacang hijau & bubur pulut hitam.






Untuk anak-anak boleh la makan cotton candy atau buah-buahan dan manisan dicelup dengan coklat. Untuk sejukkan tekak boleh la makan aiskrim pula.


Dekat sini ia juga menghidangkn air balang, bermacam jenis air ada tau dh macam kat bazar pula.. Air khatira pun ada juga, korang boleh ceduk sendri mengikut kesukaan.


꧁•⊹٭𝙱𝚄𝙵𝙵𝙴𝚃 𝚁𝙰𝙼𝙰𝙳𝙷𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟹٭⊹•꧂
📌DINE@EIGHT CAFE, HOLIDAY INN JBCC
⏰️6.30pm ~ 10pm

📣📣🅔🅐🅡🅛🅨 🅑🅘🅡🅓 🅟🅡🅞🅜🅞
💰RM158 nett per Dewasa
*Beli voucher 22 Feb sehingga 22 Mac 2023*
(2500 voucher terawal sahaja)

🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
💰RM178 Nett 
👨🧕Adult
💰RM158 Nett 
👴👵Senior Citizen (>60thn)
💰RM98 Nett
👫Child (6~12thn)

Utk tempahan hubungi
☎️ +607-2078686/ +6011 3603 3163
🕌Ruang solat disediakan

Post a Comment

0 Comments