Sebut asam pedas kebanayakan nya yang masak asam pedas suka masak cair-cair.. Aku pula suka asam pedas yang di masak kuah pekat.. Aku suka lauk asam pedas Ikan mayong & telur mayong, asam pedas ayam, asam pedas ikan merah.. Aku tak berapa suka kalau masak asam pedas ikan kecik-kecik leceh nak makan sebab duri halus-halus banyak..HaHa
Hari tu aku ada pergi satu Restoran Taste of Johor di Taman Nusa Sentral dekat Iskandar Puteri, Johor. Restoran ini ia menghidangkan menu masakan selera johor..Menu signature kat sini ialah Asam Pedas & Ikan bakar..Kat sini pelbagai menu asam pedas korang boleh cuba iaitu:-
🍲Asam Pedas Telur Mayong
🍲Asam Pedas Telur Tenggiri
🍲Asam Pedas Ikan Mayong
🍲Asam Pedas Ikan Sembilang
🍲Asam Pedas Ikan Pari
🍲Asam Pedas Kepala Ikan
🍲Asam Pedas Tetel
🍲Asam Pedas Ayam
🍲Asam Pedas Belangkas
🍲Asam Pedas Ikan Kembung
🍲Asam Pedas Ikan Merah, Siakap & Jenahak
Asam pedas kat sini kuahnya pekat..Memang kena dengan citarasa aku..
Menu ikan bakar kat sini pun macam-macam ada seperti ikan bakar pari tuka, ikan bakar siakap, ikan bakar caru, sotong bakar, kerang bakar pun ada jgk..Sambal ikan bakar nie sedap memang kena dengan tekak aku..Sambal ikan bakar ini diperbuat sendiri oleh owner restoran ini.. Ia merupakan resepi warisan keluarga dari bapa sampai la ke anak nya..Rasa sambal ikan bakar nie macam lemak kelapa macam ada kerisik mcm tu..Susah aku nak cakap yang penting lain dari yang lain..HeHe
Bukan menu ini sahaja, lauk pauk lain seperti ayam lemak cili padi, kari ikan, ayam goreng, ayam masak kicap,sambal udang pun ada..
Sayur-sayuran goreng atau berkuah serta ulam-ulaman pun ada disediakan.. Kalau korang minta sambal belacan, budu atau sambal kicap pun ada juga disediakan.. Menu kat sini akan bertukar-tukar cuma menu asam pedas & ikan bakar setiap hari ada..
Masakan lain seperti Laksa Johor, Nasi Lemak pun ada juga.. Semua menu kat sini memang rasa & masak style johor korang..So utk korang yang suka asam pedas & ikan bakar korang mesti kena cuba makan kat sini..Lepas tu korang compare kan dgn tempat korang biasa makan.. Nanti korang share dgn aku feedback korang kat komen blog aku kat bawah nie..
꧁𓊈𒆜🆃🅰🆂🆃🅴 🅾🅵 🅹🅾🅷🅾🆁𒆜𓊉꧂
🗓 Selasa ~ Ahad
🚫 Isnin tutup
⏰️ 11pagi - 6 petang
📍 No 37, Jalan Sentral 24, Taman Nusa Sentral, 79000, Iskandar Puteri
(Berhadapan Speedmart Nusa Sentral)
Untuk tempahan atau pertanyaan boleh hubungi:-
Facebook: Taste of Johor
Instagram: Taste of Johor
2 Comments
ya Allah...nampak semuanya sedap sedap belaka
ReplyDeleteAsam pedas ni kena ikut jenis ikan jugak, kalau ikan halus, kuahnya jangan pekat. Tapi kita pun suka ikan besar dan kuah pekat, hehe.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.