Ticker

6/recent/ticker-posts

Masakan Peranakan di PiringMu Eco Botanic, Iskandar Puteri menjadi pilihan makan tengah hari

Masakan Peranakan di PiringMu Eco Botanic, Iskandar Puteri menjadi pilihan makan tengah hari | As'salam..Hujung minggu ialah hari paling best untuk aku sebab hari tu aku boleh rehat-rehat santai bersama keluarga.. Hari tu jugak hari utk aku gantung kuali sebab tak payah masak..hehe Selalu nya aku dan keluarga akan pergi jalan-jalan cari makan diluar..Kali ini aku dengar ada tempat makan tengah hari best untuk aku cuba.. Aku pun pergi la makan di sebuah restoran di PIRINGMU Eco Botanic, Iskandar Puteri.

peranakan fusion

Kalau korang nak tau aku pertama kali makan di PiringMu Peranakan Fusion ini..Restoran ini membawakan konsep Kopitiam.. Disini ia menghidangkan menu peranakan fusion. Peranakan tu nama lain nya ialah Baba & Nyonya, mesti korang tau kan..HeHe Dekat sini pelbagai menu yang korang boleh oder daripada makanan kudapan, Nasi berlauk, Menu Mee, Western & minuman panas atau sejuk.


Jom aku list kan menu² yang korang mesti cuba bila sampai di PiringMu iaitu..
🍲Nyonya Gulai Tumis Ikan Siakap
🍲Nyonya Asam Prawn
🍲Nyonya Butter Prawn
🍲Nyonya Sweet & Sour Fish Fillet
🍲Nyonya Kapitan Sambal Sotong
🍲Nyonya Fried Sotong
🍲Nyonya Rendang Ayam
🍲Nyonya Ayam Kapitan
🍲Nyonya Ayam Buah Keluak
🍲Nyonya Ayam Pongteh
🍲Nyonya Sayur Lemak Nenas
🍲Nyonya Chicken Mince Japanese Tofu
🍲Nyonya Telur Dadar Cencaluk
🍲Nyonya Fried Rice
🍲Nyonya Mee Kari
🍲Nyonya Ipoh Chicken Hor Fun
🍲Nyonya Kuey Teow Lapis
🍲Nyonya Lobak Dumpling

Banyak kan menu kat sini..Aku pun rambang mata tengok list menu sampai tak tahu nak makan apa masa aku mula-mula nak oder..Tapi korang boleh jer tanya dengan orang kat kedai tu.. Nanti dia akan rakeman kan.. Ada beberapa menu dalam list nie yang aku dah cuba, memang sedap dan kena dengan tekak aku..Paling aku suka menu Nyonya Gulai Tumis Ikan Siakap, Nyonya Sayur Lemak Nenas & Nyonya Rendang Daging..




Menu Mee pula korang mesti kena try Nyonya Mee Kari.. Sedap rasa mee kari nie..Lemak & rasa kari nyonya tu memang lain dari yang lain..Ini pun slah satu menu yang aku suka juga..Ada juga Nyonya Ipoh Chicken Hor Fun, rasa fresh sup mee nie bila aku makan..Memang rasa style peranakan masak..Bukan rasa macam mee sup biasa tau yang nie lain dari yang lain..HaHa 




Ada satu menu kat sini yang paling rare yang korang wajib cuba iaitu Nyonya Ayam Buah Keluak.. Sedap rasanya & sangat authentic..Buah Keluak nie rasa nya seperti lemak-lemak kacang..Bukan senang nak dapat buah nie tau..Menu nie sangat disukai oleh kaum peranakan..Ia menjadi satu menu tradisi untuk kaum baba & nyonya..Kalau korang nak tahu mengenai buah tu boleh la google ya..HeHe


Nie gambar menu-menu lain yang korang boleh cuba oder..







Dah makan jangan lupa pula nak minum kat sini ada satu minuman yang sangat special bagi aku iaitu Nanyang White Kopi Yuen Yeung & Nanyang Special White Kopi Ice.. Kopi kat sini ia proses dan buat sendiri, aroma kopi nie sangat sedap apatah lagi rasa nya..Memang lain dari yang lain.. Kopi Yuen Yeung nie rasa nya seperti korang minum rasa kopi bila dah telan rasa teh..Mesti korang pelik tapi tu la rasa nya masa aku minum air kopi tu..Kombinasi kopi mereka sendiri & teh yang membuatkan rasa minuman itu sangat sedap & unik rasanya..Kalau korang tak minat minum kopi boleh juga oder air Soda Gembira & Green Apple Sour Plum.





Lepas habis makan boleh la pekena Nyonya Lobak Dumpling, Nyonya Chendol & ais kacang..Nie kalau penutup baru best..HeHe Kalau korang nak tau kat sini juga ada menyediakan menu sarapan pagi macam restoran kopitiam yang lain iaitu Roti Bakar, Kuey Teow Lapis, Roti Jala, Roti Canai pun ada..



So korang apa tunggu lagi jom try makan di Piring Mu Peranakan Fusion..


PIRINGMU PERANAKAN FUSION

Alamat:
📌56, Jalan Eko Botani 3/2, 
Taman Eko Botani, Iskandar Puteri, Johor
(Cari je Piringmu di waze atau google map)

Waktu operasi:
🗓Buka setiap hari
⏰️1Opagi hingga 10malam
(Selepas Chinese New Year akan dibuka pada jam 8pagi10 malam)

Post a Comment

0 Comments