Ticker

6/recent/ticker-posts

3 SIFAT ISTERI YANG WAJIB SUAMI FAHAMI

3 SIFAT ISTERI YANG WAJIB SUAMI FAHAMI | As'salam salam Jumaat..Semoga hari ini lebih baik dari semalam..Hari ini aku nak kongsikan dengan korang 3 sifat isteri yang wajib suami tahu..Aku terdetik nak kongsikan ulasan dari ceramah perkongsian yang diberikan oleh Ustazah Asma Harun.. Ustazah nie adalah salah satu favret penceramah yang aku suka dengar ceramah & follow live yang dia buat..Ia menceritakan bagaimana nak menjaga hati isteri & mengembirakan hati nya.. Kalau isteri gembira semua pun turut gembira juga..Jom tengok sifat-sifat yang patut en.suami tekan kan untuk mengharmonikan rumah tangga..


SIFAT ISTERI YANG WAJIB SUAMI FAHAMI

1. SUKA DIPUJI
Isteri suka kalau orang puji dia lagi-lagi kalau suami sendiri yang memuji nya..Cantik nya awak ari nie..Itu salah satu ayat yang semua perempuan suka kalau di puji..So encik suami rajin-rajin la puji isteri korang ya.. Tak kisah la encik suami nak puji dia rajin ke, sedap masak ke, isteri baik ke yang penting ikhlas.. Baru la tanker emosi si isteri full..Time tu mesti mood dia dari pagi smpai ke petang baik jer..

2. SUKA DIMANJA
Bila sebut manja jer mesti orang ingat perempuan yang manja nie mengada-ngada.. Kalau korang nak tahu sifat manja ni memang dah fitrah untuk orang perempuan..Tak kira la budak kecik ke orang muda atau tua ke semua ada keinginan untuk bermanja..Allah memang dah ciptakan sifat perempuan ini manja.. Cuba tgk budak atau anak perempuan kecil kalau dengan ayah dia mesti nak peluk, nak cium, nak melekat jer dengan ayah dia, macam gitu la dengan isteri dia pun ingin bermanja dengan suami nya..Jangan pula korang ingat tua-tua tak boleh nak bermanja tau.. 

3. SUKA DIIKTIRAF
Sebut iktiraf nie ia macam kita beritahu orang atas kelebihan atau minat isteri korang contohnya macam korang beritahu kat family atau kawan-kawan "Isteri saya kalau buat kuih donat nie memang pandai & sedap, kalau nak oder donat boleh suruh dia yang buatkan"..Contoh lain pula "Sayang awak kalau tanam pokok apa2 mesti pokok tu hidupkan" So korang faham kan maksud aku..Nanti isteri korang akan rasa seperti korang faham akan minat dia..Nanti mesti dia happy bila suami sendiri support apa yang dia buat untuk mengisi masa lapang & menggembirakan hati dia..

Walaupun cuma 3 sifat nie jer tapi kadang-kadang encik suami anggap remeh sahaja.. Hope lepas nie boleh la korang cuba buat kat isteri korang pula ya..Aku harap apa yang aku kongsikan dapat memberi renungan & manfaat untuk korang yang baca blog aku ini..TQ

Post a Comment

2 Comments

  1. Betul2. laki tak puji kita puji la diri sendiri. Haha

    ReplyDelete
  2. Setuju!!!! Benda yang nampak simple tapi impaknya besar.. :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.