Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Staycation 2 Hari 1 Malam di Hotel Singgah Pengerang, Pengerang Kota Tinggi

Pengalaman Staycation 2 Hari 1 Malam di Hotel Singgah Pengerang, Pengerang Kota Tinggi || As'salam semua, cuti sekolah nie mesti ramai yang bercuti luar kawasan dengan keluarga atau yang tersayang. Pada minggu lepas aku menghadiri satu event di pengerang. Disebabkan event bermula malam aku pun menginap la di Hotel Singgah Pengerang ini. Hotel Singgah Pengerang ini merupakan salah sebuah rangkaian hotel milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). 

Hotel ini bertempat di kawasan rumah kedai yang telah diubah suai menjadi hotel 2 tingkat. Walaupun nampak seperti hotel bajet tapi kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di setiap bilik hotel seperti standard 5 bintang. Ia juga mesra pengguna. Sampai jer di ruang Lobby aku disambut mesra oleh pekerja di bahagian registration. Walaupun ruang Lobby nampak simple tapi susun aturnya nmpk exclusive. Selesai sahaja register staff terus bg kunci dan aku terus naik ke tingkat 1. Kemudahan lift turut disediakan untuk memudahkan pelanggan naik ke bilik tingkat atas. Disini terdapat 58 buah bilik untuk korang menginap, ia juga ada menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi untuk korang.

Ia menggunakan access card utk masuk ke bilik 

Bahagia hadapan Hotel Singgah Pengerang

Ruang menunggu atau ruang lobby disini sangat selesa

Sampai jer bilik yang diberi aku pun teruja nak tengok macam mana rupa bilik hotel disini.. Ia menggunakan access card untuk korang masuk dan card itu juga digunakan untuk on kan suis bilik ini.
Masuk jer bilik teruja tengok mural ya dilukis di bahagian dinding diatas kepala katil cantik sangat. Lukisan itu memaparkan bagunan bersejarah di Negeri Johor. Kreatif sungguh konsep lukisan yang dibawa nampak lain dari yang lain.

Disini ia menyediakan 6 jenis bilik hotel yang korang boleh pilih iaitu standard queen room, standard twin room, superior queen room, superior twin room, deluxe queen room & deluxe tein room. Disini ia ada juga menyediakan bilik untuk orang OKU, yang membezakan bilik ini ruang bilik dan bilik air nya sedikit luas untuk memudahkan pergerakan. Harga untuk setiap bilik bermula serendah Rm150 dan keatas, harga untuk setiap bilik tidak sama ya. 





Disini kemudahan untuk setiap bilik ada disediakan kecuali iron korang kena call receptionis nanti dia akan hantar kebilik korang. Berkenan aku dengan simple tempat sangkut baju nie. kat situ jugak korang boleh duduk kat tempat duduk kayu tu sambil pakai kasut. Kemudahan seperti toiletries dan untuk buat minuman ada disediakan.




Peti ais pun ada guys..

meja berkerusi juga ada disediakan untuk memudahkan korang buat kerja semasa di dalam bilik.

Bila tengok ruang bilik air dia sangat selesa & bersih.. Air pancut tu best ooo mandi.. Water heater pun ada korang..Pagi-pagi tak de la korang kesejukan bila nak mandi nanti.


Kalau korang nak tau disini ia ada menyediakan sarapan pagi untuk setiap bilik yang korang stay.
Bagi aku bagus juga kalau hotel nie dah siapkan breakfast senang tak payah susah-susah nak cari breakfast..HeHe aku dah try breakfast kat sini walaupun hanya 2 menu sahaja tapi cukup untuk aku alas perut. Sedap nasi lemak rendang ayam minang nie..Dah selesai makan aku makan roti pula..


Chef yang masak disini merupakan chef yang berpengalaman. Memang sedap masakan dia. Suasana cafe nie pun bersih dan selesa. Staff sini pun peramah & layanan yang diberikan pun bagus.






Ada roti bakar 



Buah-buahan pun ada




Sudah 1 malam aku staycation di Hotel Singgah Pengerang kali ini aku snap la gambar kenangan yang aku pernah stay hotel ini.. Bagi aku penginapan 2 hari 1 malam di hotel ini memang berbaloi sesuai la dengan harga dan servis serta fasilitis yang disediakan. Kalau korang nak tau Hotel ini dekat kalau korang yang bekerja di Rapid Pengerang atau TLDM nak staycation disini. Ia memudahkan kerja korang tak payah nak susah-susah sebab makan minum & housekeeping ada. Korang tinggal oder sahaja.

Untuk keterangan lanjut untuk booking boleh lihat dibawah ini

Alamat: Singgah Pengerang, No. 21-25, Jalan Kelicap 3, Bukit Pelali, 81600 Mukim Pengerang Johor.
No. Telefon: +607-824 6011
Location GPS: 4°30’30.5″N , 103°26’37.7″E




















Post a Comment

3 Comments

  1. Menarik biliknya - cantik & nampak sangat selesa.

    Bab sarapan tu betul, tak banyak menu pun takpe sebab bukan kita mampu makan banyak pun. Yang penting sikit tapi sedap!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.