Ticker

6/recent/ticker-posts

PEMBELIAN RUMAH DI MUSIM PENDEMIK, ADAKAH IANYA PERLU DAN BERBALOI

 PEMBELIAN RUMAH DI MUSIM PENDEMIK, ADAKAH IANYA PERLU DAN BERBALOI |  Siapalah yang tidak mahukan ada rumah sendiri kan? Tapi banyak factor yang kita perlu titik beratkan untuk pembelian rumah sendiri.


Dan kita mesti tidak mahukan membayar sewa rumah seumur hidup.Sampai bila kita nak ada rumah sendiri kan.Dari menyewa rumah sepanjang hidup, baiklah bayar untuk rumah sendiri.

Tapi tulah, di zaman pendemik ni kita lebih pentingkan untuk ada duit simpanan.Bila-bila masa kita memerlukan duit simpanan untuk terus hidup.Kalau yang ada kerja yang tetap dan syarikat kita tu tidak terkesan dengan musim pendemik ni takpe jugak kan?


Tapi bila bertanya kepada mereka yang terkesan dengan musim pendemik ni, haruslah mereka menitikberatkan perbelanjaan bulanan dan juga bayaran yang akan digunakan untuk belian rumah itu nanti.

Sebab tu kita kena menganggarkan kemampuan kita untuk membeli sebuah rumah yang kita idamkan.Rumah yang kita idamkan tu mestilah kena dengan budget yang kita ada.

Tak bolehlah kita idamkan rumah banglo tapi gaji yang kita perolehi tu tak kena langsung dengan rumah idaman kita.Cukuplah ia melengkapi keperluan yang kita nak.Janji kita selesa.

Sebelum berfikir untuk membeli sebuah rumah kita kena tahu lebihan bayaran pinjaman (loan overpayment) yang kita dah buat.Jadi tidaklah loan kita kena reject je kan.

Kalau kita lihat secara kasar, musim covid ni dikatakan adalah waktu terbaik untuk membeli rumah kerana kebanyakkan pemaju banyak menawarkan pelbagai pakej untuk menarik pembeli dengan tawaran diskaun tambahan, rebat dan juga perabot atau barang elektronik dan lain-lain


Beberapa tips yang perlu kita ketahu dalam membeli sebuah rumah di zaman Pendemik ni ialah:-

Kita sudah bersedia untuk membuat hutang 30-40 tahun ke depan.

Mempunyai pekerjaan yang stabil.Memastikan kewangan syarikat kukuh dan membayar gaji tepat pada waktunya.

Perlu fikrikan Samada gaji yang diberikan stabil atau tidak.

Tidak perlu mengikut orang dan lihat simpanan kita

Beli rumah dengan harga yang sesuai dengan gaji

Kalau korang tak tau nak buat pengiraan budget untuk pembelian rumah, korang boleh gunakan remortgages ni.Ia banyak membantu mereka-mereka yang ingin membeli rumah dengan membuat kira-kira yang tepat untuk pembelian rumah.Dan website ini juga printable amortisation schedules.Jadi kita boleh la buat rujukan dimasa hadapan. 

Rumah ni satu keperluan dan pelaburan untuk kita, tetapi kita kena titikberatkan jugaklah perbelanjaan kita samada mencukupi atau tidak jika kita dah pun mendapatkan rumah.

Takut separuh jalan, rumah dah tergadai dan nama dekat bank pun dah buruk.Jadi fikir dulu sebelum membuat keputusan.


Apa pun keputusan yang kita buat, perlu berfikir secara bijak ye.Semoga bermanfaat untuk korang.



Post a Comment

4 Comments

  1. Impian kita semua untuk memiliki rumah sendiri

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Kami duduk dirumah sendiri dari tahun 2013 setelah enam tahun menumpang tinggal dengan emak abah ibu. Hampir 9 tahun. Syukur dengan rezeki Allah. Ada rumah sendiri ni best boleh buat sesuka hati kita. Tapi kami beli rumah 2ndhand saja. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur de rezeki beli rumah..semoga kawan2 yg lain dikurniakan rezeki yang sama jugak..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.