Ticker

6/recent/ticker-posts

Pulmonary Embolism simptom darah beku berbahaya untuk ibu mengandung & bersalin

Pulmonary Embolism simptom darah beku berbahaya untuk ibu mengandung & bersalin|| As'salam, hye semua..Sebut je ibu mengandung bukan mudah nak menjalani fasa 9 bulan sebelum fasa kelahiran tiba.. Ibu mengandung banyak risiko yang menanti yang boleh meragut nyawa yang paling merisaukan iaitu simptom darah beku dekat paru-paru.. Teringat dekat socmed tular kisah seorang ibu mengandung 4 bulan meninggal dunia disebabkan ada pendarahan di paru-paru tahap 3 yang disebakan oleh gumpalan darah dari kaki..

Bila terjadi isu mcm ini mula la aku menjadi risau lagi² ibu yang mengandung mesti tiba² menjadi auto alert dengan isu ini..Aku tiba² jadi nak tahu apa punca ianya berlaku.. Macam mana cara nak mencegah nya..Jom aku share sikit hasil dari aku cari tahu mengenai simptom yang dipanggil Pulmonary Embolism ini..


PULMONARY EMBOLISM??

Di Malaysia, salah satu sebab utama kematian ibu ialah pulmonary embolism. Pulmonary embolism ialah darah beku yang menyekat pengaliran darah di dalam saluran darah di dalam paru-paru. 


SIMTOM-SIMTOM PULMONARY EMBOLISM??

Ia memberi simtom susah bernafas, pernafasan yang laju, sakit dada bila mengambil nafas, batuk darah, degupan jantung yang laju, tekanan darah menjadi rendah, oxygen saturation yang rendah di dalam darah, tekanan yang tinggi di dalam jantung sebelah kanan dan akhir sekali kegagalan fungsi jantung. 

Ada juga simptom yang lain seperti..
🌸Kesakitan atau bengkak pada bahagian kaki, atau mengalami kedua-duanya pada betisKulit 🌸berubah warna (cyanosis)
🌸DemamBerpeluh secara berlebihan
🌸Denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur
🌸Sakit kepala atau pening kepala


BAGAIMANA IA BERLAKU??

Ini ialah satu penyebab kematian ibu bersalin yang boleh dicegah. Darah beku ini selalunya datang dari darah beku di dalam saluran darah kaki, yang kemudian terpecah dan mengalir ke dalam paru-paru. Jika anda ada masalah pengaliran darah atau darah yang terlalu pekat, anda boleh dapat darah beku di dalam saluran darah di kaki. Inilah dinamakan Deep Venous Thrombosis (DVT). Jika darah beku atau thrombus itu terpecah dan serpihan darah beku (embolus) mengalir ke arah paru-paru, inilah yang menjadi pulmonary embolism.

CARA MENCEGAH PULMONARY EMBOLISM??

Mencegah itu lebih baik dari merawat. Jom lihat cara² untuk mencegahnya..

1) Obesiti itu risiko utama - Cuba usaha supaya anda tidak obese sebelum anda hamil.  Jangan cuba kurus semasa hamil. Usaha untuk menurunkan berat badan yang obese mesti dibuat sebelum anda hamil, bukan semasa hamil. Amalkan pemakanan sihat dan bersenam. 

2) Stokin mampatan - Pakai stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki.

3) Dehidrasi - Semasa hamil dan selepas bersalin, pastikan anda tidak dapat dehidrasi. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air semasa hamil. Jika ada muntah-muntah yang teruk, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk bantuan IV hydration. Selepas bersalin minum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas air selepas bersalin. Jangan amalkan pantang yang menyekat anda minum air sebab ini memudaratkan ibu yang baru bersalin dan meningkatkan risiko pulmonary embolism. 

4) Kecergasan - Kecergasan diri itu penting semasa hamil. Amalkan bersenam semasa hamil, 150 minit seminggu. Senaman yang saya recommend ialah low impact seperti berjalan dengan laju, berenang, kayuh basikal yang pegun (stationary bike), pilates, yoga, core exercises, low impact aerobics (bukan berlari, melompat, netball, tennis atau badminton), dan moderate intensity sahaja iaitu pernafasan anda tidak terlalu laju dan anda masih boleh bercakap semasa melakukan exercise. 

5) Pergerakan berjalan - Selepas bersalin, jangan amalkan pantang berjalan. Lancarkan pengaliran darah dengan berjalan-jalan. Berjalan itu jauh lebih baik dari diurut. Sebab inilah untuk patients saya yang bersalin secara Caesarean Section, saya akan suruh mereka bangun dan berjalan sehari selepas pembedahan dan gunakan compression socks bila baring.  

6) Ambil suntikan - Untuk ibu atau sesiapa yang berisiko tinggi mendapat pulmonary embolism, doktor akan membuat saranan mengambil suntikan mencairkan darah. 

7) Berurut - Berurutlah dengan tukang urut profesional. Dengan urutan dapat memulihkan urat yang tegang dan memulihkan semangat wanita bersalin.

8) Bertungku - Bertungku selama yang boleh, ia dapat melancarkan peredaran darah anda.

9) Ikut saranan doktor - Jangan sengaja meminta bersalin secara pembedahan Caesar jika doktor Gynae anda tidak membuat saranan bersalin secara pembedahan dan tidak memberi anda halangan untuk bersalin normal. 

10) Produk makanan tambahan - Elakkan pengambilan produk-produk yang tidak diketahui apakah bahan-bahannya. Tak payah makan jamu. Ada produk herba yang dikatakan memberi tenaga tetapi bahan yang memberikan tenaga ialah bahan steroid yang meningkatkan risiko pulmonary embolism. Sebab inilah sudah ada beberapa jenis jamu dan produk herba yang sudah kena ban oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jangan beli produk-produk overclaim. Eat real food.

RAWATAN UNTUK PULMONARY EMBOLISM??

Untuk yang mengalami simtom diatas doktor akan menasihatkan untuk mengambil suntikan mencegah darah beku - Heparin. Ia juga dipanggil pencair darah, ubat heparin dan warfarin menghalang pembekuan baru daripada terhasil di dalam darah anda. Ubat ini boleh menyelamatkan nyawa anda dalam keadaan kecemasan.

Sekiranya korang mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik. Mencegah lebih baik dari merawat. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk korang fahami..😊🤗




Sumber dari Dr Imelda Balchin

Post a Comment

0 Comments