ESKAYVIE I-QIDS BANTU ANAK-ANAK UNTUK MINDA YANG CERDAS & LEBIH FOKUS DALAM PEMBELAJARAN|| As'salam & hye semua yang sudi membaca entry untuk kali ini. Hari nie aku nak kongsikan dengan korang tentang satu produk makanan tambahan untuk anak-anak yang aku rasa sangat baik untuk dikongsikan bersama-sama.
Seperti yang kita semua tahu, kanak-kanak amat memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang kerana ia memainkan peranan penting dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental mereka. Diet yang seimbang dan berkhasiat akan membekalkan segala nutrien penting bagi menyokong perkembangan kanak-kanak di dalam proses pembelajaran mereka di sekolah.
Adakah korang mengalami masalah anak cerewet memilih makanan? Jangan risau, ianya normal. Kebanyakan kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran dan susu. Justeru itu, bagaimanakah caranya untuk anak anda mendapatkan nutrisi dan vitamin penting yang diperlukan untuk perkembangan tumbesaran mereka?
Kebanyakan kanak-kanak berusia antara tiga hingga enam tahun mula memasuki pra-sekolah dan kehidupan pada tahun terawal ini umpama pengembaraan yang menyeronokkan buat mereka.
Ia adalah waktu yang terbaik bagi perkembangan mental, fizikal, sosial dan emosi anak anda. Malah kemahiran yang mereka pelajari pada tahap ini membentuk asas bagi pembelajaran seumur hidup.
Adakah Anak Kita Mendapat Nutrisi Yang Mencukupi?
Sama ada kita sedar atau tidak, gaya hidup pada zaman kini cukup berbeza dengan zaman dahulu. Jika dahulu, ibu bapa kita lebih gemar menghidangkan makanan yang disediakan dari rumah dengan mengambil kira khasiat dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh. Namun begitu, senario pada hari ini adalah kebanyakan ibu bapa lebih gemar mendedahkan anak-anak mereka dengan makanan segera.
Sedarkah korang, walaupun ada ibu bapa yang memasak di rumah, namun mereka masih tidak lari daripada memilih bahan-bahan segera seperti makanan di dalam tin, pek segera atau pelbagai lagi makanan yang diawet. Jadi, bagaimanakah caranya anak-anak kita boleh mendapatkan makanan yang berkhasiat?
Hal ini menjadikan penyediaan makanan untuk kanak-kanak pada hari ini sebagai sesuatu yang merumitkan dan mencabar. Perkara ini juga menyebabkan kebanyakan ibu bapa pada masa kini memilih untuk mengambil makanan tambahan bagi mendapatkan zat dan nutrisi-nutrisi penting yang mencukupi untuk perkembangan anak-anak mereka.
Perlukah Makanan Tambahan?
Pemakanan yang seimbang dengan nutrien lengkap sangat penting bagi membantu merangsang perkembangan minda anak-anak dan menjadikan mereka lebih fokus dalam pembelajaran ketika di sekolah.
Namun begitu, ibu bapa sering mengalami kesukaran dalam memastikan anak-anak mereka mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan.
Untuk itu, keperluan terhadap makanan tambahan seperti multivitamin dapat membantu bagi memastikan kanak-kanak mendapatkan sokongan nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat. Ia juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit dan jangkitan virus selain membolehkan mereka cepat sembuh daripada sebarang penyakit.
Eskayvie i-Qids Bantu Tingkatkan Perkembangan Minda Kanak-Kanak
Baru-baru ini Eskayvie yang terkenal dengan produk vitamin Eskayvie Diffenz & Eskayvie Diffenz Junior ketika pandemik Covid-19 yang lepas telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Eskayvie i-Qids yang dihasilkan khas untuk tingkatkan perkembangan minda kanak-kanak seawal 2 tahun.
Eskayvie i-Qids diformulasikan oleh oleh doktor perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Ianya disahkan halal, selamat diambil dan berkesan. Ramai ibu bapa di luar sana yang dah amalkan Eskayvie i-Qids ni dan ramai yang dah akui keberkesanannya di dalam membantu merangsang minda anak-anak mereka.
Anak jadi lebih rajin lepas amalkan i-Qids. Ibu pun jadi senang hati. Tak gitu?
Anak semakin ceria nak ke sekolah selepas amalkan i-Qids.
Nak tengok lagi testimoni ibu bapa yang dah cuba i-Qids ni? Ha… korang boleh tengok maklum balas mereka dibawah.
Eskayvie i-Qids mengandungi 6 Bahan Nutrisi??!
Untuk pengetahuan korang semua, Eskayvie i-Qids ni mengandungi 6 Bahan Nutrisi utama yang sesuai bagi anak-anak untuk tingkatkan perkembangan otak yang sihat dan minda yang cerdas.
Jom kita kaji sedikit apakah 6 bahan nutrisi ini.
Phosphatidylserine (Serine) bagus untuk meningkatkan memori dan pembelajaran, menyokong fungsi otak dan menajamkan minda, membantu perkembangan otak yang cerdas, membantu lebih fokus dalam pembelajaran dan membantu pembetukan sel-sel otak.
Alpha-Linolenic Acid (ALA) merupakan bahan asas kepada pembentukan EPA dan DHA yang berfungsi untuk merangsang sel-sel otak untuk berhubung, meningkatkan kesihatan otak, membantu meningkatkan kesihatan dan membantu meningkatkan daya ingatan.
22 Ekstrak Buahan dan Sayuran yang mengandungi lebih daripada 125 polifenol dan ia mempunyai kandungan antioksidan lebih tinggi berbanding 5 hidangan buah dan sayur. Ia memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak yang kurang makan sayur dan mempunyai kesan anti-radang dan antioksidan yang kuat serta penyerapan fenolik dan polifenol yang optima.
Moringa Oleifera mampu meningkatkan tenaga dan sistem imun badan, menyokong kesihatan buah pinggang dan hati. Ia juga kaya dengan asid amino dan serat yang menyokong kesihatan mata dan melindungi otak dari kesan stres dan kerosakan.
Prebiotik adalah makanan kepada bakteria baik di dalam usus dimana ia membantu menyihatkan usus untuk penyerapan nutrien yang efisien, membantu masalah sembelit, membantu mengawal selera makan dan mengelakkan obesiti serta membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan.
Multivitamin dan Mineral berfungsi menyediakan keseimbangan pemakanan dan melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak, menggalakkan penyerapan pencernaan dan nutrien yang lebih baik. Ia juga untuk kesihatan gusi, gigi dan kulit yang sihat dan membantu kesihatan tulang serta memelihara sistem saraf dan fungsi otot.
Jadi macam mana? Hebatkan 6 bahan nutrisi utama yang ada dalam Eskayvie i-Qids ni yang boleh diamalkan oleh anak-anak korang? Pasti seronok bila tengok anak-anak menjadi semakin bijak, ceria dan gembira.
Kepada ibu bapa di luar sana, jika nak anak-anak korang mendapatkan nutrisi yang tambahan yang lengkap boleh la dapatkan Eskayvie i-Qids ni. Lagi-lagi kalau korang ada anak yang ada masalah susah nak fokus dalam pembelajaran, jenis memilih bab makan, cepat tantrum atau ada masalah speech delay. Korang mesti dapatkan Eskayvie i-Qids ni!
Sebagai ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak-anak kita kan? Jadi dapatkan Eskayvie i-Qids hari ini dan pastikan anak korang amalkannya setiap hari.
Korang boleh dapatkan Eskayvie i-Qids ni di laman web dan media sosial Eskayvie di bawah ni.
Website: www.iqids.com.my
Instagram: Eskayvie Malaysia
Facebook: Eskayvie Malaysia
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.