Ticker

6/recent/ticker-posts

WORDLESS WEDNESDAY - SAMBAL GORENG NASIB

WORDLESS WEDNESDAY - SAMBAL GORENG NASIB || Hujung minggu ari tu terrajin la pulak aku nak main masak-masak.. Kali ni aku bongkar la freezer yang penuh ntah apa² jer disumbatnya macam-macam ada.. Bongkar punya bongkar aku terjumpa la hati, paru & limpa lembu yang aku dapat masa hari raya haji ari tu.. Aku terfikir nak masak apa agak nya..Alang-alang dapat sikit aku campur jer sekali senang cerita.. Tak payah susah² nak bnyak² menu.. 

Bukan hati, paru & limpa jer aku amik, tulang rusuk lembu pun aku amik jugak untuk buat masak sup.. Anak² aku cukup suka kalau aku masak sup.. Kali ini aku masak 2 menu jer..Cukup la dua menu yang penting freezer aku dah nampk clear.. 😍😍


Selesai merebus hati, paru & limpa aku pun potong kecil-kecil kemudian aku goreng semula untuk bagi isi lembu nie kering sedikit.. Kalau basah nanti ia cepat basi kata mama aku..🤭🤭 

Jam menunjukkan cukup 1 jam 30 Minit siap semua lauk aku iaitu Sambal Goreng Nasib & Sup Tulang Rusuk. Nak tau kenapa aku panggil Sambal Goreng Nasib?? Sebab bila korang cedok sambal goreng tu korang tak tau nanti nasib korang akan dapat bahagian mana.. Nasib-nasib la ia dapat apa.. Semua menu yang ada paru memang favret aku la.. kalau korang nak tau menu yang ada paru nie.. Next time kita buat menu lain pulak..hehe




Post a Comment

0 Comments