Ticker

6/recent/ticker-posts

ZAITUNA RESTAURANT MENYAJIKAN BAKLAVA, KUNAFAH & NASI ARAB YANG SEDAP DI JB

ZAITUNA RESTAURANT MENYAJIKAN BAKLAVA, KUNAFAH & NASI ARAB YANG SEDAP DI JB || Hujung minggu sis gantung kuali tak masak ari nie.. Kebetulan husbnd sis baru balik dari KL so sis terus plan ajak husbnd & anak² pergi makan nasi arab dekat Zaituna Restaurant مطعم زيتونة.. Ada yang cakap nasi arab dekat sini lagi sedap dari tempat lain..Betul ker?? Daripada dengar cakap orang baik sis cuba sendri baru puas hati..Kann..Kann..😊🤣




Bila smpai jer kat kat tempat parking dari jauh dah nampak menarik restoran ini bila dilihat dari luar..Smpai jer kat depan pintu abe² arab dh sesiap bukakan pintu untuk sis & family masuk.. Terkejut juga ramai betul orang arab kat dlm tu.. De reunion ke sebab ramai org arab dekat situ dah macam melancong kat negara arab pula sebab dia orang semua cakap arab laa..haha🤣🤣 Pemilik kedai ini & pekerja nya semua orang arab.. Semua muka ceria betul sambut customer yang datang dan terus tanya berapa orang & tunjukkan tempat duduk yang kosong..


Sampai jer kat sana aku pun teruja nak duduk kat tempat duduk yang bersila tu.. Tanpa memberi arahan untuk duduk disana anak² dah terus serbu ke tempat duduk bersila itu.. Macam tau² memang aku nak duduk kat situ jer..haha🤭🤭 Bila aku tengok dekorasi restoran ini memang nampak ciri² sebuah restoran arab.. Hiasan dalaman semua berkonsepkan arab.. Aksesori didalam kedai seperti lampu, teko & cawan² yang dihidangkan semua style arab.. Tempat duduk bersila & sinki cuci tangan pun style arab.. Memang cantik la cara dia dekorasi restoran ini..😍😍



Bila kita orang semua sudah duduk seorang perempuan muka macam org arab tapi tak pasti dia orang arab ke tidak.. Terkejut juga aku bila dia fasih berbahasa melayu.. Ia memberikan menu & mengambil pesanan.. Bila aku selak menu satu persatu ia pun menunjukkan aku menu² yang recomanded ramai customer suka order.. Rambang mata sis bila tengok bermacam-macam menu yang ada.. Minuman pun pelbagai jenis juga ada dari air biasa, buah-buahan smapai la ke air teh arab pun ada disediakan ikut citarasa korang nak air panas atau sejuk pun ada dalam list menu..


Setelah selesai oder aku pun pergi la ke bahagian baklava serius teruja juga mula² masuk kedai nampak berderet² baklava disusun depan meja casher.. Aku jadi terkesima kejap smpai tertelan air liur nak pilih baklava yang mana untuk aku isi penuhkan satu pinggan.. Konon² nya cantik la sikit bila nak amik gmbo baklava nanti..hehe🤣🤣



Setelah selesai mengambil baklava tiba² terdengar suara tepi² panas².. Rupa-rupanya the famous one of dessert kat sini baru jer kuar dari oven korang.. Lagi la ngilerrr orang jawa cakap smpai tertelan air liur aku tengok kunafah panas² tu..😊🤗 Menggoda betul warna brown² kunafah tu memang nmpk seksi..haha🤣🤣 Diatas kunafah itu ia letakkan kacang pistachio kisar & sedikit sirap rose.. Sempat la jugak aku snap gambar untuk aku update kat Facebook & Insta story aku..🤣🤣 Update ootd la katakan..hehe🤭🤭



Aku pun duduk la ke tempat meja aku.. Sampai je kat meja terkejut aku betul ke ini yang aku oder..haha..😅😅 Banyak betul hidangan kat atas meja.. Servis kat sini memang tip top..Tak smpai 15 minit semua makanan yang aku oder  dah smpai.. Bila tengok hidangan nasi arab tu menarik untuk sesiapa yang nak memakan nya.. Warna nasi kekuningan ayam & daging pun lembut jer..Memang berasa rempah pada nasi,ayam dan daging..Sup & sambal nya pun sedap tak terlalu masa..Bukan apa ada tempat aku makan sebelum nie rasa cuka nya kuat sangat..So kat sini korang jangan risau memang rasa nya sedap & tidak masam..



Menu kedua yang menjadi serbuan anak² aku ialah pizza pepperoni..piza nya tak ada sayur korang..Havent la anak² aku makan tanpa rasa bersalah..Happy dia makan pizza tak de sayur..haha😂😂




Menu ke tiga aku makan ialah roti arab yang leper macam roti canai tu..Ia sediakan bersama kebab daging dan kentang bakar dihidangkan sekali dengan humus daging ada lagi satu sos yogurt & campuran sos cili agak nya tapi memang sedap kombinasi dua sos itu.. Nikmatnya makan menu yang ni korang.. Tak pernah rasa sesedap ini.. Aku akan pastikan aku repeat menu ni bila makan kat sini lagi.. Tadi aku makan macam tak cukup satu segan pulak nak oder lagi..haha😅😅 Cukup² la tu suzie lain kali kita oder lagi..🤭🤭


Menu ke empat ialah shawarma daging kambing dihidangkan dengan humus.. Daging kambingnya..lembut jer..korang memang patut cuba tau..😋😋


Menu ke lima ialah burger ayam bersama sos humus..Anak aku suka makan sedap jugak katanya sebab ia dimakan tanpa sos cili lain dari yang lain..ayam nya pun sedap rempah perapnya berasa..






Setelah selesai sesi menghabiskan makanan tak lengkap tanpa minuman teh arab panas² bersama dengan daun pudina.. Segerrr orang jawa cakap..hehe😂😂 Sambil minum air teh arab aku pun makan la baklava yang aku amik..Sedap uollss..rasa mcm kulit popiah tu pun ada tapi bukan kulit popiah ya..haha..😂😂


Bila dah rasa baklava aku pun cuba la jugak makan kunafah memang sedap korang..rasanya crispy diluar lembut didalam.. Pekena dengan sirap rose memang padu dok ohhh..😋😋😍😍


Husband aku pula oder air barbican delima.. Sedap minum air bicarbonat brand arab nie.. Air nie tak bergas sangat dan sedap..


Untuk anak-anak pula aku oderkan air tembikai, ini memang air favret dia orang.. Aku oder air nie satu jug uollss.. Kalau nak tau memang sedap tembikai original dia tau.. Rasa air kat sini memang banyak isi buahnya.. Berbaloi beli air tembikai ini 1 jug RM25 jer.. Senang nak top up bila habis nanti.. Almaklum la anak empat kan..huru hara sikit bila ada benda tak cukup.. Boleh jadi pening sis nak melayan.. Lagi² yang si kecik tu..Tak boleh nak mengalah langsung..😅😅

Selesai sahaja semuanya aku pun beransur la pulang. Baklava yang tak habis aku bawa la balik. Senang nak sambung makan kat rumah. Sambil tengok tv kita sambung ngap baklava nanti..hehe 

Kalau korang nak tau kesedapan semua menu kat sini apa tunggu lagi jom la try.. Sebelum korang nak makan kat sini lebih baik korang buat tempahan awal untuk mengelakkan meja kat sini penuh..Serius sis tak tipu memang meja penuh.. Banyak customer yang sudah pernah datang makan kat sini pasti akan ulang lagi..Kat bawah nie aku kongsikan detail untuk korang buat tempahan di Restoran Zaituna..😊🤗

🆉🅰🅸🆃🆄🅽🅰 🆁🅴🆂🆃🅰🆄🆁🅰🅽🆃
📍 No 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200
Johor Bahru, Johor
⏰️ 11.00am-11.00pm
☎️ 07-213 3577

🧭Google Map RESTAURANT ZAITUNA








Post a Comment

4 Comments

  1. Makk aii banyaknya baklava sepinggan ko, habis ke tu ko makan Suzie? Sis haritu amik mana nak makan jerr.. tapi memang sedap gilerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hbis sis..hehe sy tgk tv smbil makan baklava..baklava nya mmg sedap..😍😍

      Delete
  2. Adoiii telan air liur baca entri ni haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.