Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Dim Sum Halal di Hero Dim Sum Eco Tropic Kota Masai

Makan Dim Sum Halal di Hero Dim Sum Eco Tropic Kota Masai || Bila time weekend mesti nak jalan-jalan cari makan..Kali ini aku nak makan yang ringan-ringan jer..Aku pun pilih la untuk mencuba makan Dim Sum di Hero Dim Sum di Eco Tropic Kota Masai.. Sebenarnya dah lama nak cari tempat makan Dim Sum yang Halal dan sedap tup..tup dekat pula dengan rumah aku di Pasir Gudang..Sebelum nie aku try makan yang jual delivery kukus sendiri je..Tak sangka pula rupa nya Dim Sum ada bermacam-macam jenis..


Dari Luar bangunan Hero Dim Sum dari jauh dh nmpk signboard Hero Dim Sum senang jer nak cari.. Restoran nie mempunyai hiasan dalaman yang minimalis dan simple sesuai untuk bawa kawan-kawan atau keluarga yang mempunyai kanak-kanak.. Tempat pun bersih dan simple..







Sampai jer aku pun belek2 menu-menu yang ada dalam list semua menarik..Aku pun pilih la beberapa menu yang menjadi pilihan aku..Baru jer pilih dah kecur tengok list menu tu belum lagi makan..Jom aku belanja gambar sikit..hehe














Kat Hero Dim Sum ini bukan sahaja ada Dim Sum jer..Makanan lain seperti bubur, Nasi Goreng menu-menu makanan berat juga ada disediakan..Tak de la korang rasa asyik nak makan Dim Sum jer kan..mana kenyang..hehe


Kalau korang nak tau Hero Dim Sum nie ialah restoran yang sama dengan Hijrah Dim Sum.. Cuma kali nie ia buka cawangan baru & membawa nama yang lain untuk restoran disini. Semua menu & hidangan disini masih sama rasa dan bahan-bahan yang digunakan. Ia masih kekalkan SOP penyediaan makanan yang sama. Sebab tu rasa nya pun masih sama sedap dengan Hijrah Dim Sum.



Selepas kenyang nikmati dim sum & nasi goreng aku pun oder la kopi bersama durian goreng..Nikmat oit..minum kopi panas² smbil makan durian goreng..😍😍

Untuk korang yang nak tau detail lanjut mengenai restoran HERO Dim Sum boleh la lihat detail-detail dibawah ini..

RESTORAN HERO DIM SUM ECO TROPIC KOTA MASAI

📱+6016 668 0258

📍No.22A & 22B Jalan Ekoperniagaan 12, Taman Kota Masai. 81700 Pasir Gudang, Johor

Waktu beroperasi daripada jam 12pm-10pm. Tutup setiap Isnin.

 FB : HERO DIM SUM

IG : HERO DIM SUM


RESTORAN HIJRAH DIM SUM

📱+6016 881 0042

📍No.42, Jalan Beringin, Taman Melodies 80250 Johor Bahru, Johor

 FB : HIJRAH DIM SUM JB

IG : HIJRAH DIM SUM JB




Post a Comment

0 Comments