KELEBIHAN CUKA YANG PERLU ANDA TAHU??!! || Assalam..Syukur aku masih diberikan kesempatan waktu nak tulis blog. rindu jugak nak menulis factor kerja punya pasal aku jadi tak sempat nak ber blog. Kali ini aku nak kongsikan dengan korang kelebihan cuka yang perlu korang tahu. Jom lihat info dibawah ini.
Jenis Cuka
Cuka ada dua jenis iaitu cuka buah-buahan & cuka buatan. Cuka selalu digunakan untuk tujuan kesihatan atau masakan. Cuka ini di buat secara semulajadi. Ia mengandungi banyak nutrisi yang bagus untuk badan & melancarkan system pencernaan kita. Manakala cuka buatan ini diperbuat daripada cecair asid yang selamat untuk dimakan atau digunakan didalam bahan masakan atau sebagai agen pengawet makanan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang sesuai mengambil cuka ini terutamanya bagi yang mengalami masalah gastrik kerana ianya bersifat asid dan kekal berasid setelah dimakan. Cuka buah bukan seperti cuka buatan atau tiruan. Ia tidak membahayakan atau tajam.
Cuka ini selain untuk memasak dia juga boleh digunakan sebagai agen pembersih untuk membersihkan barang2 didalam rumah korang..Jom kita tengok kelebihan cuka yang kita gunakan selain untuk memasak..
1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
📌Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
📌Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
📌Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
📌Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci Microwave oven.
📌Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
📌Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
📌Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
📌Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
📌Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan.
📌Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
📌Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
📌Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
📌Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
📌Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
📌Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
📌Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
📌Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Untuk menyegarkan bilik air.
📌Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
📌Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
📌Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
📌Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering
Macam mana dah tau kan cara gunakan cuka sebagai egen pembersihan..Semoga apa yang aku kongsikan memberi manfaat kepada korang..Tq sudi baca blog aku ya..nnt aku kongsikan info menarik didalam next entry..
1 Comments
Good sharing
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.