Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedapnya Ayam Masak Ungkep di "Selera Nusantara" Persada Johor.

Sedapnya Ayam Masak Ungkep di "Selera Nusantara" Persada Johor | Pertama kali aku berbuka puasa di Persada Johor.. Tak sangka banyak tempat² menarik di JB ni utk korang berbuka puasa bersama keluarga & kawan².. Kali nie aku pergi Buffet Ramadan di SELERA NUSANTARA yang bertempat di Ballroom 301 & 303 Persada Johor..


Buffet Ramadan SELERA NUSANTARA ini menyediakan menu-menu yang pasti mengingatkan korang menu2 mak² kita masak.. Menu² utama ini akan diselang selikan dengan 5 set menu..So korang boleh la rasa macam² menu² yang menjadi kesukaan korang sepanjang bulan puasa ini.

Antara menu² ini ialah..
Sup Gearbox
🥘Ayam masak merah
🥘Asam pedas kambing
🥘Sotong masak hitam
🥘Ayam masak ungkep
🥘Ikan masak 3 rasa
🥘Ketam kari masala
🥘Pajeri nenas
🥘Laksa Johor
🥘Sphagetti Carbonara
🥘Kambing Golek Kuzi
🥘Satay
🥘Rojak Asma
🥘Aneka Kerabu
🥘Aneka Kuih, kek, Buah-buahan & dessert














Makanan selain nasi pun ada. Korang boleh menikmati Sup tulang, Laksa Johor, rojak asma, Spaghetti Carbonara & satay..Keropok ikan pun ada tau..Kalau anak yang nmpk keropok tu cnfirm habis..haha🤣🤣










Tak lengkap kalau tak ada pencuci mulut, buah-buahan & kuih muih..Mesti korang nak rasa jgk kan dessert kat sini..Bagi yang minat makan bubur pun ada juga disediakan iaitu bubur kacang hijau & bubur pulut hitam..Aku memang suka bubur pulut hitam..Jom aku share gmbr..😊🤗















Menu yang paling aku suka kat sini ialah Ayam masak ungkep.. Sedap sangat memang betul² favret aku la.. Kalau korang nak tahu dekat bawah nie makanan yang aku dah cuba rasa tau..Mengikut apa yang aku dah rasa makanan yang dimasak memang mengikut citarasa aku..Cukup rasa Cukup lemak..Senang cerita semua nya ok la..Tak rugi korang cuba makan kat sini.. 







Macam mana korang dh pilih date nak buka puasa kat sini?? Untuk keterangan lanjut boleh lihat detail di bawah ini..😊🤗



📍Selera Nusantara Persada Johor (Ballroom 301 & 303)
🗓 4 April 2022 ~ 19 April 2022
⏰️ 6.30pm ~ 10.00pm 

📣📣EARLY BIRD PROMO
(Purchase before 7 April 2022)
☘️RM88 Nett Adult
🍀RM52 Nett Child

📣NORMAL PRICE
☘️RM98 Nett Adult
☘️RM59 Nett Child

For reservations and enquiries 
📲 www.wasap.my/+6011128668503

Post a Comment

0 Comments