Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Nikmati Buffet Ramadan Irama Warisan Buffet Dinner di Amari JB

Jom Nikmati Buffet Ramadan "Irama Warisan Buffet Dinner" di Amari JB | Hari nie aku nak cerita buffet ramadan di salah satu hotel di bndaraya JB iaitu Amari Johor Bahru.. Ia terletak berhampiran dengan JBCC.. Senang uolls yang g shopping kat JBCC boleh la berbuka puasa di Amari JB..😊😊🤗🤗

Amari JB menyajikan menu berbuka puasa yang menarik & makan sedap yang pasti membuka selera setiap orang yang berkunjung disini.. Amari JB membawakan temanya yang tersendiri iaitu "IRAMA WARISAN BUFFET DINNER". Ia menyajikan lebih 200 hidangan menu tradisional tempatan termasuk campuran masakan asia & masakan thai. 

Menu hidangan istimewa yang disajikan ialah Balinese Kambing Golek, Beryani Gam Johor, Beryani India, Kari Kepala Ikan Salmon, Nasi Kerabu Daging Bakar, Sizzling Grill, Gulai kawah, Sup Kambing Gearbox, Ayam, Lidah, Daging, Perut, Ekor, Urat, Masakn Live Char Kuey Tiaw, Aneka Kerabu & Salad Thai iaitu Som Tom.







Untuk menu pembuka selera sudah pasti uollss mahukan menu paling klasik yang membuatkan uollss tambah nasi iaitu ulam-ulaman makanan tradisional seperti Petai, Kacang Botol, Ulam raja dan Aneka sambal seperti Sambal Kelapa, Sambal Mangga, Sambal Belacan, Sambal Budu & Sambal Cencaluk.


Menu sampingan juga ada disediakan seperti Satay, Laksam, Murtabak, Aneka goreng-goreng iaitu keladi, pisang dan lain-lain lagi. Untuk yang suka dengan makanan western boleh try menu western seperti Sphagetti Carbonara, Bolognes, Pizza dan lain-lain lagi..






Bila tak ada pencuci mulut mesti tak lengkap menu berbuka disini kan..kan.. Untuk pencuci mulut uollss boleh menikmati aneka kuih-muih, aneka bubur & manisan tradisional seperti Dodol, Pengat Pisang, Sagu Gula Melaka, Bubur Kacang, Bubur Pulut Hitam dan Serawa Durian. Menu moden seperti Puding, Kek & Pastry pasti membuatkan uollss tertarik dengan bentuk & warna yang menarik utk uolls cuba makan & rasa.









Menu yang menjadi kesukaan aku semasa preview ramadan ialah Nasi Beryani yang moist jer.. Kambing Golek dia lembut je..Bila makan cair kat mulut uollss..Memang recommanded sangat, Laksam & kari ikan salmon pun menepati citarasa aku..


Untuk dessert aku suka sangat Kek Lapis, Puding dan Macaron hasil tangan chef disitu. Rugi kalau uollss datang tak rasa sendiri..hehe


Bila bulan puasa mesti uollss nak juga rasa menu raya kan..Disini ia juga menyediakan Lemang yang boleh uollss makan bersama Rendang Daging & Serunding Daging.

Untuk penghilang dahaga uollss boleh dapat kan minuman yang menjadi kegemaran semua orang iaitu Teh Tarik, Nescafe Tarik, Tea, Soya Bean, Tebu, Bandung Sirap, Soya Cincau, Katira, Asam Boi & Sirap Selasih.


Ia juga ada membuat servis utk pesanan bawa pulang (3 set menu untuk uollss pilih, pesanan perlu dibuat sebelum 5.00pm) atau penghantaran dalam radius 20KM (minimum oder 2 set dan dikenakan cas RM10). Untuk keterangan lanjut boleh lihat detail dibawah.

📍Amaya Food Gallery, Level 6
🗓 5 April - 1 May 2022
⏰️ 6.30pm - 10.00pm 

EARLY BIRD (Sebelum 5 April 2022) 

Dewasa - RM98 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM74 nett
Kanak-kanak (9-12 tahun) - RM49 nett 

HARGA BIASA 

Dewasa - RM128 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM96 nett
Kanak-kanak (9-12 tahun) - RM64 nett 

Pembelian 10 voucher layak mendapat harga istimewa RM108 nett seorang. 

Take away menu - RM65 nett satu set untuk seorang (delivery/ self pick-up) 

Untuk tempahan, sila hubungi:
☎️ 07-266 8888
📱 www.wasap.my/60167768547 


Post a Comment

0 Comments