Buffet Ramadan "Jelajah Selera Bersama Hilton" di Double Tree Hotel JB | Bulan puasa nie mesti korang akan jelajah mana² tempat makan sedap untuk dijadikan menu korang untuk berbuka puasa.. Jom aku ajak korang ke buffet ramadan "JELAJAH SELERA BERSAMA HILTON" di Hotel Double Tree yang terletak di bandar JB.
Kali ini Double Tree by Hilton membawakan tema "JELAJAH SELERA BERSAMA HILTON" kerana ingin membawa anda jelajah menu sedap dari hasil tangan chef-chef disini. Ia mengetengahkan menu-menu makanan klasik yang dimodenkan & menu makanan tempatan yang lain akan dihidangkan sepanjang bulan ramadan ini.
Antara menu-menu yang boleh korang nikmati disepanjang ramadan ini ialah Asam Pedas Oxtail, Lemang wagyu beef rendang, Lobster Termido, Pekin duck popiah, Dim sum & Chinese sup station.
Bukan itu sahaja malah menu-menu lain seperti roti naan, ayam tandoori, kambing golek, aneka sambal, rojak petis, tauhu dan lain-lain lagi.
Manakala hidangan pencuci mulut, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis kuih-muih tradisional & moden disediakan seperti hidangan Turki iaitu Baklava. Aneka kek & pastry sedap-sedap semua aku dah cuba. Jom aku blanje tengok gambar pula..
Kalau uollss nak kan minuman sejuk² boleh la pekena Ais Batu Campur & Cendol Pulut Tapai..Untuk anak² aiskrim pasti menjadi pilihan selepas selesai makan.
Makan Kitchen ini juga ada menyediakan menu untuk dibawa pulang ke rumah untuk uollss yang hendak berbuka puasa dirumah atau menjadi buah tangan ketika berbuka puasa di rumah keluarga atau kawan. Menu utama untuk dibawa pulang kerumah ialah Wagyu Beef Rendang Tok, Sotong Sumbat Percik, Patin Lemak Tempoyak, Pajeri Nenas, Nasi Bakar Daun Pisang & banyak lagi..
Untuk uolls yang dah plan nak buka puasa di buffet ramadan Jelajah Selera Bersama Hilton boleh lah lihat details yang aku beri seperti dibawah.
📍 Makan Kitchen at DoubleTree by Hilton
🗓 3 April 2022 ~ 2 May 2022
⏰️ 6.30pm ~ 10.00pm
📣📣NORMAL PRICE
☘️RM188 Nett Adult
☘️RM94 Nett Child
Home takeaway set berharga RM499++ untuk 6 - 8 orang.
Group booking/ events - Feast Banquet berharga RM 120.00++ seorang (minimum 100 orang)
Untuk tempahan, hubungi 07-2686868 atau email ke JHBDT_FB@hilton.com
Website: http://www.eatdrinkhilton.com
1 Comments
Perghh udang galah tu menarik gilerr, pedas ke tak tu yaaa?
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.