Nikmati makan besar Tahun Baru Cina bersama keluarga di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Hotel JB
Lagi beberapa hari Tahun Baru Cina akan tiba. Tahun nie penganut agama cina meraikan perayaan tahun harimau. Mengikut kiraan kalendar cina simbolik harimau menandakan kekuatan & keberanian seperti harimau, yang lahir tahun harimau mempunyai sifat percaya diri, gigih, tegap, berani & menawan.
Bila tiba Tahun Baru Cina saat yang ditunggu² ialah makan besar. Tidak lengkap Tahun Baru Cina tanpa jamuan makan besar bersama ahli keluarga, saudara mara & kawan-kawan. Bukan hanya membawa tuah tetapi tradisi ini kaya dengan nilai simbolik mengikut kepercayaan masyarakat cina. Pemilihan menu penting kerana setiap makanan yang dihidangkan memiliki makna yang berbeza.
Kali nie Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Hotel JB menyediakan promosi Chinese New Year Delights. Ia boleh pilih sama ada nak Chinese New Year Set Menu Reunion Dinner yang mana menjadi pilihan keluarga.
Untuk permulaan hidangan Prosperity Yee Sang pasti menjadi sajian utama. Pertama kali rasa aku jadi suka dengan yee sang. Rasa campuran sayur & buah yang berwarna warni menjadi tarikan utk dimakan. Hidangan ini disediakan sekali dengan sos manisan plum, kulit ikan salmon rangup, abalone, isi ketam rangup & isi ikan salmon. Pertama kali aku dapat rasa abalone sedap jugak rasa nya kenyal² mcm cendawan butang tapi abalone nie sejenis makanan laut.
Selepas makan Yee Sang mereka hidangkan Double boiled chicken broth. Rasa segar bila dinikmati panas². Rasanya pun sedap ia membuatkan badan lenguh² kembali bertenaga. Sup ini dimasak dengan Monkey head mushroom, Fresh wai san, Free range chicken, Bamboo pith fungus..
Hidangan ketiga yang menjadi kegemaran semua iaitu Abundance Treasure Pot (Poon Choi) ia seperti mencari harta karun didalam mangkuk besar yang di letakkan pelbagai jenis bahan-bahan didalam nya. Sebelum makan dituang pati ayam brands utk menyedapkan aroma & rasa menu ini. Jom aku share apa bahan² yang ada kat dalam tu..
Abundance Treasure Pot
🥘Ten Head Abalone
🥘Sea Cucumber
🥘Chinese Mushroom
🥘Fish Maw
🥘Money bag
🥘Goose Feet
🥘Dried Oyster
🥘Prawns
🥘BBQ Chicken
🥘Roasted Duck
🥘Black Moss
🥘Radish
🥘Tiangin Cabbage
🥘Lotus Root
🥘Broccoli
🥘Golden Garlic
🥘Chicken Essence Sauce
Menu yg keempat pula Authentic steamed Pontian promfet fish with fragrance mixed garlic. Senang sebut ikan bawal steam dimasak dengan aroma campuran bawang putih. Sedap menu nie. Ikan yang dimasak sangat sedap dan tidak berbau hanyir.
Menu yang seterusnya pula ialah Chinese style risoto with breast abalone with mix mushroom & vegetable. Sedap nasi nya..rasa mcm nasi goreng cina cuma yang ni dia ada kuah sikit.
Bila dah kenyang tak lengkap la kalau tak ada dessert orang putih cakap. Kali nie dessert nya memang segar ditekak iaitu Chilled Lemongrass Jelly with Aleo Vera & fresh Passion Fruits memang sedap gambungan bahan² yang dibuat.
Last sekali aku dijamu pula dengan kuih tradisi masyarakat cina iaitu Baked Homemade Nian Gao with Honey Glaze. Rasanya tekstur nya seperti makan kuih kasui kenyal² mcm tu tapi rasa kuih nie sangat tradisi tak dapat nak gmbr kan rasa nya seperti apa tapi memang sedap uollss..😋😋
Apa lagi jom booking slot² sebelum full house..Tak rugi untuk uollss yang beragama cina untuk berkumpul dengan keluarga memeriahka tradisi perayaan cina di Wan Li Restaurant, Renaissance Hotel JB.
🏮🏮CHINESE NEW YEAR 2022🏮🏮
Chef's Table Preview
PROSPERITY YEE SANG
🥗Abalone
Large RM188 nett | Small RM138 nett
🥗Crispy Fish Skin
Large RM138 nett | Small RM98 nett
🥗Crispy Soft Shell Crab
Large RM138 nett | Small RM98 nett
🥗Salmon Fillet
Large RM128 nett | Small RM98 nett
🥘Abundance Treasure Pot (Poon Choi)
Large (10 person) RM938 nett | Small (5 person) RM498 nett
🧧🏮WAN LI CNY SET MENU FOR REUNION DINNER🏮🧧
🏮Wan Li CNY Set Menu A🏮
Large (10 person) RM1788 nett | Small (6 person) RM1088 nett
🏮Wan Li CNY Set Menu B🏮
Large (10 person) RM2088 nett | Small (6 person) RM1288 nett
🏮Wan Li CNY Set Menu C🏮
Large (10 person) RM2488 nett | Small (6 person) RM1488 nett
Untuk list penuh menu bagi setiap set uollss boleh lihat di link dibawah ini..👇👇
Full menu - https://bit.ly/RenJBCNY2022
CHINESE NEW YEAR SET MENU
REUNION DINNER | 31 January 2021
⏰ Session 1 - 5pm ~ 7pm
⏰ Session 2 - 8pm ~ 10pm
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.