Ticker

6/recent/ticker-posts

Muntah hijau tanda anak buah kena usus terbelit

Muntah hijau tanda anak buah kena usus terbelit

Pada bulan januari 2021 adik ipar aku baru melahirkan seorang baby lelaki yang sangat comel. Tak sabar aku nak tengok baby. Almaklum la dah lama tak pegang baby. Anak aku yang nombor empat sekarang je dah umur 3 tahun..HeHe Bila adik ipar & baby pulang ke rumah Mama & Ayah aku excited nak tengok cucu baru, petang tu jgk dia pergi tengok. Pada masa itu baby dan mummy baby Alhamdulillah sihat. Baby minum susu sikit sebab mummy dia belum keluar susu badan lagi. Biasa la anak pertama memang lambat sikit. Aku dulu pun macam gitu jugak. Hampir seminggu susu badan baru keluar.

Pada hari kedua baby ada kena kuning. Bacaan kuning baby naik sikit. Adik ipar aku risau susu tak keluar lagi so baby aku suruh minum susu formula dulu untuk kurang kan bacaan kuning nya. Ikut pengalaman aku yang ibu darah O baby memang kuning cepat naik. Makanya baby kena banyak minum susu bagi berak banyak-banyak untuk buang keluar najis hitam yang dipanggil mukoneum.


Aku pun datang kerumah adik ipar untuk ajar dia cara bagi susu formula pakai cawan kecik. Bila aku beri baby minum susu tak lama kemudian baby muntah hijau. Aku ingat muntah yang keluar tu akibat dari terminum air ketuban semasa proses kelahiran sebab doktor beritahu ia normal. Bila aku beri lagi susu pun perkara sama juga berlaku ia muntah hijau campur kuning pula. 


Pada hari ketiga aku suruh adik ipar aku beritahu doktor klinik kesihatan mengenai keadaan baby yang muntah kuning & hijau. Akhirnya doktor pun bagi surat untuk refer hospital. Baby kena refer sebab bacaan kuning dia naik & sebab baby muntah2 juga.

Bila sampai je di hospital doktor terus bawa baby untuk pemeriksaan lanjut. Baby akan di X-ray untuk lihat keadaan usus akibat dari baby muntah-muntah. Setelah berjam-jam menunggu doktor pun suruh adik ipar aku pulang. Doktor akan buat pemantauan sementara tunggu keputusan diagnos keluar.

Tepat jam 11 malam adik ipar aku call minta ayah tolong hantar dia pergi Hospital malam tu juga. Adik ipar aku beritahu baby di diagnos usus terbelit dan doktor membuat keputusan malam itu juga nak operation untuk betulkan usus baby yang terbelit. Sebak rasa bila baby yang comel tu nak operation malam tu. Aku yang kat rumah dapat berita itu dah rasa sebak apakan lagi mummy baby mesti dah nangis-nangis.


Tepat jam 4.30 pagi baby ditolak masuk ke bilik operation. Aku kat rumah hanya mampu berdoa semoga baby dipermudahkan urusan operation nya. Bila jam dah menunjukkan pukul 6.30 pagi Alhamdulillah operation baby telah pun tamat. Syukur keadaan baby stabil & operation Berjaya. Baby di bawa ke wad NICU untuk dipantau lebih rapi dan diberikan antibiotik & bekalan oksigen buat sementara waktu untuk melihat perkembangan nya.

Menurut cerita adik ipar Alhamdulillah nasib baik usus baby masih elok.. usus yang terbelit tu tak menjadi warna hitam dan masih berfungsi lagi.. Doktor cakap kalau usus bertukar warna hitam tu tanda sel usus sudah tak berfungsi lagi.. Usus itu perlu di buang kalau bertukar menjadi hitam..


Syukur asbab tindakan awal yang diambil baby sudah kembali normal seperti biasa.. Anak buah aku dah boleh keluar hospital selepas hampir seminggu pemantauan dibuat oleh doktor.. Baby dah boleh minum susu dengan baik.. Berak kencing dah normal.. Berat badan baby pun sudah bertambah.. 😊🤗😍

Pesanan aku untuk ibu² di luar sana, Ibu² perlu peka terhadap perkembangan baby.. Lagi² baby yg baru dilahirkan.. Banyak yang perlu dipantau.. Sebab tu la peribahasa berkata jaga anak seperti menatang minyak yang penuh.. Semoga kita boleh menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak² kita..😊🤗





Post a Comment

0 Comments