Aku mula join group tadarus bulan May baru² nie.. Aku mengaku sebelum ini aku bukan lah rajin sangat mengaji Al-Quran kat rumah hari².. Semenjak join group ini aku terikat dengan hari² mengaji untuk habis kan satu juzuk yang diberi pada setiap ahli group ini.. Malu la kan kalau ko dah join tapi ko tak habis bacakan 1 juzuk.. Akhirnya aku berjaya habiskan satu juzuk sebelum tiba nya bulan baru..
Aku dah capai 6 kali khatam berkumpulan setakat ini.. Syukur sangat..🤲🤲 Untuk uollsss yang nak mulakan benda baik macam aku buat nie boleh la cari group² yang boleh bantu korang untuk capai target 1 hari 1 juzuk.. Nak istiqamah macam aku buat nie bukan senang.. Kalau korang jenis yang kuat semangat InsyaAllah korang boleh khatam Al-Quran sendiri setiap bulan..
Aku harap benda yang aku sharing hari nie dapat gerakkan hati korang untuk cintakan Al-Quran..Aaminn🤲
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.