Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Spaghetti Carbonara by Suzie

Resepi Spaghetti Carbonara

Musim PKP kali nie aku bekerja ada giliran sama ada bekerja seminggu di pejabat atau seminggu di rumah. Bila bekerja dirumah macam2 menu aku kena plan untuk aku hidangkan sarapan untuk family aku. Kebetulan anak2 memang suka sangat makan spaghetti. 

Ct Suzie masak apa tu??

Aku nak share dengan korang resepi spaghetti cara aku masak. Aku harap korang suka dengan resepi cara aku masak ini..



Resepi Spaghetti Carbonara by Suzie

Bahan-Bahan: (4-5 Hidangan)

400g spaghetti / angle hair (kalau uollss suka yg halus)

6 batang Sosej Ayam (di belah dua & di hiris halus)

5 biji cendawan shitake (dihiris nipis)

2 cawan susu kotak full cream

1 cawan air

1 kiub pati ayam knoor (yang nie brand yang aku biasa pakai)

1 sudu besar rata tepung jagung dibancuh dgn sedikit air

1/4 cawan minyak zaitun (olive oil)

5 ulas bawang putih (dicincang)

2 keping cheese slice

2 sudu besar oregano flakes

1 sudu mix herbs

1 sudu besar parsley flakes



Cara Memasak:

1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.

2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih (jangan sampai hangit). 

3. Masukkan cendawan shitake, seafood & sosej, masak sampai naik bau. Kemudian masukkan oregano 1 sudu & mix herbs 1 sudu. 

4. Masukkan 2 cawan susu & 1 cawan air. Selepas mendidih masukkan cheese slice 2 keping & 1 biji kiub ayam.

5. Selepas itu masukkan tepung jagung yang telah dibancuh. Kacau² dan rasakan masin nya. Kalau kurang rasa tmbh garam sedikit & tutup api. Jangan masak lama² atas api nnt kuah akan menjadi pekat. 

6. Akhir sekali baru masukkan Oregano dan Parsley kacau hingga sekata. 

5. Siap untuk dihidangkan.

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.