Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood by Suzie

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood Spicy by Suzie

Musim PKP kali nie aku bekerja ada giliran sama ada bekerja seminggu di pejabat atau seminggu di rumah. Bila bekerja dirumah macam2 menu aku kena plan untuk aku hidangkan sarapan untuk family aku. Kebetulan anak2 memang suka sangat makan spaghetti. 

Ct Suzie masak apa tu??

Aku nak share dengan korang resepi spaghetti cara aku masak. Aku harap korang suka dengan resepi cara aku masak ini..


Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood by Suzie

Bahan-Bahan: (4-5 Hidangan)

400g spaghetti / angle hair (kalau uollss suka yg halus)

500g seafood (udang atau sotong ikut kesukaan)

1/4 cawan minyak zaitun (olive oil)

5 ulas bawang putih (dicincang)

1 sudu besar chili flakes (ikut kesukaan nak pedas atau tidak)

3 sudu besar oregano flakes

2 sudu besar parsley flakes

5 biji cendawan shitake (dihiris nipis)

1 sudu kecil garam

1 kiub pati ayam


Cara Memasak:

1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.

2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih (jangan sampai hangit). 

3. Masukkan udang (masak sehingga udang bertukar warna merah) selepas itu baru masukkan kiub pati ayam, chili flakes & cendawan shitake. Kemudian baru masukkan garam secukup rasa.

4. Masukkan Spaghetti, Oregano dan Parsley  Kacau hingga sekata. 

5. Siap untuk dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments