Nikmati buffet di Iftar Bazar Ramadhan 2021 AMANSARI Residence, Bandar Seri Alam, JB || Alhamdulillah syukur aku masih diberikan kesempatan untuk merasai bertapa Ramadhan kali ini hampir tiba. Semoga kita dapat bersama-sama menghayati bulan ramadhan kali ini dengan penuh bermakna bersama keluarga tersayang.
Kali ini aku nak ajak orang-orang yang tinggal di Pasir Gudang untuk dapatkan harga promo berbuka puasa di AMANSARI Residence Bandar Seri Alam. Kalau korang beli 5 tiket PERCUMA 1 tiket sebelum 12 April 2021 ini tau..!! Selepas dari tarikh itu tidak akan ada free seat lagi.
Nak tau apa menu yang korang akan dapat dengan harga itu. Jom aku kongsikan dengan korang memang sangat berbaloi tau..
|
Nasi Beryani Kambing Kuzi Chef Kamal |
Nasi beryani kambing kuzi nie aku suka sangat. Bila cukup lauk & acar darat memang makan tak pandang dah kiri kanan..HaHa
|
Laksa Johor
|
Kalau orang johor tak makan Laksa Johor memang tak sah. Pergi mana-mana mesti aku akan cari laksa johor nie..
Buffet ramadhan klo tak ada sate memang tak cukup syarat. Sate mesti kena ada..Ia menjadi makanan kegemaran rakyat malaysia kan..kan..
Bubur Lambuk pun sama jugak..Setiap bulan puasa bubur lambuk mesti akan ada dalam list menu aku mesti makan..HaHa..
Kat sini jugak dia ada sediakan Nasi Kemuli..Sedap uolllsss bila makan dengan lauk pauk yang disediakan memang sedap.
Ayam Masak Merah mesti kena ada bagi uollsss yang suka kan lauk bersambal.
Bila semua menu masakan melayu ada tak lupa jugak peminat western mesti nak rasa makan sphagetti kan..kan..
Pizza pun ada tau..
Sapa yang tak pernah makan tacos nie la menu mexico yang menjadi pilihan orang yang datang ke buffet ramadhan untuk mencuba.
Tauhu sumbat & rojak petis pun ada uollss..
Untuk yang meminati makanan jenis kerabu pelbagai jenis kerabu turut dihidangkan.. Sambal tempe..ikan pari bakar, otak² & pepes juga ada.
Tak lengkap rasa bila tak ada menu raya kan..walaupun baru nak puasa.. Mulut tu rasa nak makan macam²..🤣🤣
Untuk yang minat makan salad boleh la add on dalam menu korang baru healthy..HeHe
Kalau korang nak tau nie la orang jawa panggil oren bodho.. Bila hari raya je aku pernah jumpa air nie dulu masa beraya kat kampung tau..Nostalgia betul masa zaman kanak-kanak riang..HeHe
Bila tengok air-air nie semua jenis air aku nak try..Menggiurkan betul warna-warna air nie..HaHa
Peminat-peminat kuih-muih mesti tak nak lepaskan peluang nak makan kuih tradisional ini..Sedap2 uolllss..boleh mkn smpi kenyang..haha
Dessert atau kek pun ada tau..Kek Cawan confirm budak2 suka kan..kan..
Minuman tradisi jangan dilupakan..Air Batu Campur tetap menjadi santapan korang bila makan disini..Bermacam jenis topping korang boleh letak tau..
Dah makan ABC makan marshmellow celup coklat pulak..Memang kanak-kanak suka..
Tak lupa juga buah-buhan mesti kena ada..Baru boleh makan semua..Kasi lawas itu perut..HaHa
Nak booking macam mana??!!!
Menarikkan menu-menu yang dihidangkan semua..Ni baru sikit tau..Akan ada lagi yang korang kena boking cepat-cepat berbuka puasa di AMANSARI RESIDENCE RESORT.. Cara nak booking aku ada lampirkan dibawah..
IFTAR BAZAR RAMADHAN 2021 di Amansari Residence Resort
PRICE => RM 85 NETT PER PERSON (DEWASA)
RM 40 NETT PER PERSON (KANAK-KANAK)
CHILD 6~12 Tahun (5 Tahun ke bawah FREE)
Untuk tempahan, sila hubungi
+6073817070 sambungan 811 (F&B department), 831 (sales department)
Ada jugak pakej penginapan yang murah!!
RM280.00 untuk Deluxe Room
Penginapan selama 2 hari 1 malam, Ramadan Buffet dan Sahur untuk dua orang!!!
1 Comments
baru ramadhan dah boleh makan lemang :)
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.