Nikmati makanan sedap di "Jemput Makan" Buffet Ramadhan, Renaissance Hotel Johor Bahru || Syukur alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk meraikan bulan ramadhan yang bakal tiba ini. Debaran untuk menyambut bulan ramadhan ini semakin hangat bila sana sini orang sibuk jual kurma, biskut raya & baju raya. Mesti korang semua dah terfikir kan bulan puasa nie nak bawa family makan kat mana. Walaupun kita semua mengalami isu pendemik ini korang mesti cari tempat yang utamakan kebersihan penjarakan sosial & pemakaian penutup muka.
"JEMPUT MAKAN" Buffet Ramadhan??!!
Kali nie aku nak kongsikan dengan korang Buffet ramadhan paling best & menarik di Renaissance Hotel Johor Bahru iaitu "JEMPUT MAKAN" Buffet Ramadhan.. Ia menyediakan lebih 400 menu yang sedap-sedap dan menepati citarasa korang.. Ada bermacam-macam menu seperti melayu, india, china, jepun, thai & western..Semua menu tersebut pasti akan membuka selera ahli keluarga yang berbuka disini dengan mengikut peraturan penjarakan sosial & pemakaian mask. Kebersihan jugak di utamakan pemakaian sarung tangan akan diberikan untuk memastikan sentuhan berlapik di tempat ambil makanan..
MAKANAN WESTERN SEDAP!!
Paling aku suka menu dekat buffet nie adalah makanan westernnn.. Aku akan cari western dulu.. Semua makanan western dia memang sedap-sedap..Ada makaroni, pizza, salmon, rib, potato & macam-macam lagi la.. semua menu aku cuba rasa.. Jom aku blanje gambar..
MAKANAN MELAYU,THAI & SEAFOOD YANG MENYELERAKAN!!
Untuk peminat makanan melayu jangan risau menu disini memang sedap-sedap belako.. Pelbagai jenis nasi ada disediakan korang boleh pilih lauk pauk apa yang menjadi kegemaran korang..Aku paling suka daging kicap berempah memang sedap. Tak lupa juga gulai kambing & teluk itik masak lemak cili api bertambah aku bila makan..🤣🤣
Untuk anak-anak yang minat makan nasi ayam juga turut disediakan.
Aneka kerabu & ulaman juga ada tau.. Korang boleh pilih nak makan kerabu apa.. bila ada bermacam sambal lagi masum.. Makan dengan nasi memang buka selera time buka puasa nie..HeHe
Tak lupa juga menu signature dari Chef Hamizi Nasi beryani & Kambing golek memang mantap..Rugi tak cuba.
Yang minat dengan lauk goreng-goreng mesti lah kena ada kan.. Ayam goreng, paru goreng, ketam goreng pn ada.. Tak lupa juga udang goreng yang telah menjadi tarikan disini pantang chef topup baru kejap je dh licin..😅😅 Nasib baik aku dapat rasa memang sedap la..Besar-besar pula udang nya memang puas makan.
Makanan thai juga menggamit selera. Tak sah la kan klo xde ayam masak sweet sour, ikan masak nyonya sos, ketam black papper & macam-macam lagi la..
Tak lupa juga makanan bakar-bakar pun ada..Korang just pilih nak makan apa semua ada..lepas tu korang boleh pilih nak sos apa.. memang sedap kalau nak meratah gitu je..😋😋 Sate pun ada jgk tau..
Satu menu nie tak sah kalo tak de time buka puasa & time raya..Apa lagi ketupat & lemang la..Betul tak..HeHe siap ada serunding, rendang & kuah kacang tau..
KUIH-MUIH PEMBUKA SELERA!!
Dengar je kuih aku dah suka tau. Bila nak buka mesti kena ada kuih untuk mula kan berbuka..Tapi jangan lupa makan kurma dulu tu sunah nabi..lepas tu baru makan kuih..HeHe🤭🤭
Mesti ada peminat rojakkan..Rojak Asma, Rojak petis pn ada tau..
Menu india ada??!!
Mesti la kena ada..Kata satu malaysia kan..kan..so korang boleh pilih nak dhall, roti puri semua ada.
ANEKA MINUMAN BERWARNA-WARNI?!!
Bila nak buka minuman yang sedap-sedap yang kita nak minum kan..kan..Disini ia menyediakan pelbagai jenis air yang korang boleh pilih..Nak minum panas ada..nak sejuk pun ada..
PENCUCI MULUTTT A.K.A DESSERTT ATAU KUDAPAN!!
Sebut je pencuci mulut.. Tak cuci mulut ke kalau tak de pencuci mulut...Kah..Kah..Kah..
Tak la kan..pencuci mulut tu nak bg mulut kita yang dah rasa macam-macam tu nak bagi rasa manis pula..Biar lepas tu cakap pn yang manis-manis Kan..Kan..HeHe..🤭🤭
Macam-macam jenis dessert korang boleh pilih tau..
Dah makan dessert boleh la makan aiskrim batang & ABC pula memang sedap kan..kan..
CARA NAK BUAT TEMPAHAN??!!
Kat bawah nie aku share dengan korang cara-cara nak oder & promosi untuk beli tiket tempahan awal..Cepat tau booking awal jimat & bnyk dapat free tempat duduk.
𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 at Renaissance Johor Bahru Hotel
We are back with our 𝗘𝗔𝗥𝗟𝗬 𝗕𝗜𝗥𝗗 𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗧𝗜𝗢𝗡 voucher for the Ramadan season and priced at RM158 nett per adult and RM78 nett per child. Purchase now and save more!
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Purchase from 15 March to 31 March 2021
Get three (3) complimentary vouchers for every 10 vouchers
𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝟭𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝘁𝗼 𝟮𝟮 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟭
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Purchase from 31 March to 12 April 2021
Get two (2) complimentary vouchers for every 10 vouchers
𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝟭𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝘁𝗼 𝟭𝟯 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟭
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Purchase from 13 April to 13 May 2021
Get one (1) complimentary voucher for every 10 vouchers
𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝟭𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝘁𝗼 𝟭𝟯 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟭
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Club Renaissance Johor Bahru entitled for 15% discount
Contact us to find more now!
Cafe BLD : +6073813322
Whatsapp : https://wa.me/60177713327
#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #fromthetable #jemputmakanatrenaissancejb
8 Comments
Perghh 400 menu tu.. boleh tahan banyak sesuai dengan harganya kannn.. berbaloi dan puashati le makan sini..
ReplyDeleteMemang berbaloi..kenyang mkn..haha
DeleteFuhhhh! Mantappp! Puas hati sungguh nihhh!!
ReplyDeleteInsyaAllah puas hati
DeleteBanyak betol menu. Kena marathon banyak kali ni makan. Hehe. Kalau ena pon cari western dlu
ReplyDeleteMarathon smpi xlarat nak marathon lg 🤣🤣
Deletetatau nak makan yg mana satu ni... huaaaa
ReplyDeleteMakan yg paling suka baru la yg lain² pula🤭🤭
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.