Dekorasi rumah impian anda menjadi mudah dengan adanya IDW Design Collection || Semua orang ada impian untuk memiliki rumah idaman masing-masing. Tidak kira rumah kecil atau besar semua orang berhak untuk jadikan rumah mereka istana yang indah & selesa untuk didiami. Dekorasi boleh di buat mengikut bajet dan barang-barang yang anda inginkan.. Ramai yang membeli barangan perhiasan di KAISON, IKEA, DIY, ECO, NINSO & macam lagi..Kadang² cara hiasan yang kita buat tidak kena dengan tema & kesesuaian barang yang kita beli..Kali ini aku nak kongsikan dengan korang sebuah buku yang menarik untuk membuat dekorasi didalam rumah. Bila ada idea contoh-contoh nak buat ubah suai rumah secara automatik korang akan dapat ilham dari info yang korang lihat..Kan..Kan..😊🤗
IDW Design Collection??!!
Aku dah belek-belek buku IDW Design Collection. Teruja aku tengok banyak idea yang menarik terdapat didalam koleksi dan design dekorasi yang telah dipaparkan untuk pembaca mencubanya. Kita boleh cuba buat mengikut detail dan ubah susana rumah agar menjadi seperti rumah impian kita. Kalau korang nak lihat idea-idea untuk deco korang boleh cuba dapatkan buku IDW Design Collection ini tau. Dalam buku ini terdapat pelbagai jenis sudut ruang rumah yang telah dihias dengan ringkas & nampak ber style membuatkan mata sedap memandang.🤗😊
Mudahkan bila dh siap detail macam dalam gambar tu..korang tinggal scan barcode & boleh print detail untuk buat rujukan korang bila nak start buat deco nanti.. Almaklum la puasa dah hampir tiba.. Korang dah boleh la start bersih2 kan rumah & buat ubah suai mengikut panduan dalam buku ini & kesesuaian bajet korang. Lepas nie tak payah la susah2 nak upah interior design korang dh boleh interior sendiri kan..betul tak..HeHe😊🤗🤭
Cabaran Membina IDW!!..
Mesti korang tertanya-tanya kan..Siapa penulis disebalik buku yang awesome ini??!!.. Bukan calang-calang orang tau...
Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta. Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.
Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.
Tragedi Kebakaran!!..
Pengalaman ngeri ini yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.
Bertitik tolak dari tragedi itu lah yang membuatkan ia menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW kelak.
Mereka bertekad untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.
Fenomena COVID-19
Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.
Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.
Servis Exclusive dengan harga yang perlu dibayar!!
Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.
Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.
Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi. So apa tunggu lagi
DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BUKU PERTAMA DIMALAYSIA SEKARANG!!
RAYA PROMO RM 397 (RETAIL PRICE: RM2897)
https://idw.design/idw-collection-design/
#IDWMalaysia
#IDWDesignCollection
#FIRSTPLUGandPLAYINTERIORDESIGNBOOKINMALAYSIA
#idwdesignnbuild
#200exclusiveinteriordesignsin1book
#bestinteriordesigninmalaysia
#houseinteriordesigninmalaysia
#interiordesigninmalaysia
#topinteriordesigninmalaysia
#topinteriordesigninselangor
#topinteriordesigninshahalam
#minimalisthousedesign
#modernhouseinterior
#bohoroomdecor
#bohemiandecor
#contemporaryinteriordesign
#houseinteriordesigninselangor
#aestheticbedroom
#livingroomdesign
#bedroominteriordesign
#Interiordesignbumiputra
#outdoordecor
#famousinteriordesigners
#famousinteriordesignersinmalaysia
#artdecointeriordesign
#3droomdesign
#decorationdesign
#interiordesignnearme
1 Comments
ini kena ada bykkkkk dollar itu bukak buku ni ahah
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.