Mee Kari Nyonya masakan kesukaan keluarga
Ct Suzie masak apa tu??
Kali nie aku nak kongsi kan dengan korang menu yang menjadi favret anak-anak aku iaitu Mee Kari Nyonya. Jom kita tengok resepi kat bawah nie.
Resepi Mee Kari Nyonya
Bahan-bahan
3-4 paket kecil rempah kari daging babas (ikut nak pekat boleh letak banyak)
2 batang serai (diketuk)
1 kotak santan kara
1 cawan isi ayam, dipotong dadu
2 keping asam keping
Tauhu keping
Tauhu kembung (tauhu pok)
Mi kuning
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar
1/2 cawan cili kering (dah siap rebus)
4 biji buah keras
1 inci lengkuas
5 biji bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 sudu besar udang kering (yang telah direndam)
Bahan hiasan
Taugeh dicelur
Sawi Jepun dicelur
Isi ayam, udang, kerang, fish cake, fish ball (di masak asing utk hiasan. Ikut suka nak letak atau tidak)
Cili merah dihiris
Daun bawang dan daun sup (dihiris)
Bawang goreng
Cara penyediaan
-Bahan kisar perlu dikisar sampai halus & panaskan minyak dalam periuk dan tumis sehingga naik bau.
-Kemudian masukkan rempah kari dan serai tumis sehingga pecah minyak.
-Kemudian masukkan ayam & masukkan air secukupnya & kacau rata.
-Bila hampir mendidih masukkan pula santan, asam keping dan isi seperti tauhu keping & tauhu pok.
-Tambah garam & gula secukup rasa apabila kuah sudah mendidih dan semua isi masak sempurna. Kemudian boleh lah diangkat dan dihidangkan kuahnya bersama mee yang telah dicelur bersama dengan bahan hiasannya sekali.
Untuk korang yang nak gambar detail tentang bahan-bahan yang aku guna boleh lihat dibawah.
Nie la tauhu keping yang aku guna.. |
Nie tauhu pok.. |
Nie sambal garing homemade pedas² manis gitu..Makan sekali pasti tambah lagi.🤭🤭 Kalau korang tak ada sambal garing boleh la cuba letak sambal cili yang memang sesuai dimakan bersama mee kari nyonya. Resepi sambal cili ada dibawah ni. Boleh hidangkan seperti gambar dibawah. |
Sambal Cili
Bahan-bahan;-
15 tangkai lada kering (rebus hingga lembut)
3 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering (rendam hingga lembut)
3 ulas bawang putih
1 inchi belacan
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara;-
Semua bahan di kisar halus & di tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan garam & gula boleh la dimakan bersama mee & kuahnya.
Resepi sambal & gambar sumber dari ;- norazlitaaziz
13 Comments
Baru pagi tadi sarapan Mee Kari, akk suka letak sambal tumis. Yang penting tauhu pok kena banyak, hihi
ReplyDeletesedapkan kak seri..anak2 sy makan mee sekilo xcukup..hehe
DeleteMenarik, nampak mcm sedap...👍👍👍
ReplyDeletesedap boss..jgn lupa try buat..hehe
Deletewaaaa petang2 makan ni sedap ni
ReplyDeletecuba jgn xcuba hehe
DeleteAgak lama juga tak bikin Mee Kari ni laaa.. nanti nak buat jugalaaaa..
ReplyDeletesekali sekala tukar menu..dari makan nasi jer..
DeleteMi kari ni yg buat dia kaw, sambal dia tu heehe lama nya x makan..
ReplyDeleteya betul...sy lagi suka makan letak smbal cili flakes..
DeleteTak pernah cuba lagi style mee kari yang ni. Nak try buat. Tq share resepi suzie
ReplyDeleteTry faizzah..cnfirm sedap..hehe
DeleteWow.. Mantappp! Ala ala secret recipe tuhhhh!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.