SINOPSIS "Beri Sedikit Waktu"
Detail "Beri Sedikit Waktu"
JUDUL : BERI SEDIKIT WAKTU
EPISOD : 1~15
TARIKH TAYANGAN : 16 November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASAL : Insheera Nordin
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir
Pelakon-pelakon Drama "Beri Sedikit Waktu"
Aqasha sebagai Imran
Zara Zya sebagai Niya
Shahz Jaszle sebagai Farhan
Atikah Suhaime sebagai Haryani
Farisha Irwayu sebagai Sofia
Man Raja Lawak sebagai Nasir
Rayyan Iman sebagai Lukman
Ain Sufia sebagai Elly
Ummar Dzariff sebagai Imran
Aryana Amani sebagai Sofea
SINOPSIS
Mengisahkan Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya.
Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).
Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya.
Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya.
Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.
Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi.
Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut. Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka ?
ok sampai disini sahaja..Jangan lupa tengok tau...Sokonglah drama Melayu kita..haha =)
7 Comments
lama betul tak tgk aqasha berlakon
ReplyDeleteorang lama nie..org baru dh ramai..tapi org lama juga best berlakon kan..
Deletehuda kalau ada aqasha memang huda akan tengok. zara zya pun sama. so dua dua tu huda suka, memang huda follow up laa drama ni ahhahaa
ReplyDeletesama la..suka tgk dia berlakon..macho man gitu..haha zara zya pula cara dia berlakon best..suka tengok dia cakap..hehe
DeleteNanti nak marathon nengok... buat masa ni belum dtg mood drama hahahaa
ReplyDeletesukala Aqasha berlakon. tapi sebab xdak tv kat rumah..
ReplyDeletekena tengok online le ni..
Nama pelakon yang jadi kawan baik imran tu sape ek 😅
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.