Ticker

6/recent/ticker-posts

MENU ALA-CARTE BARU HALAL CHINESE FOOD DI WAN LI CHINESE RESTAURANT, RENAISSANCE HOTEL JB

MENU ALA-CARTE BARU HALAL CHINESE FOOD DI WAN LI CHINESE RESTAURANT, RENAISSANCE HOTEL JB|| 

Pada Jumaat yang lepas aku dan rakan-rakan menikmati hidangan menu baru Ala-carte masakan China di Renaissance Hotel Johor Bahru. Sempena bulan November ini Hotel Renaissance tidak ketinggalan sertai kempen 11.11 ini. Bukan beli barang-barang online je de promosi 11.11 disini pun ada juga tau..hehe 

Kali nie aku nak kongsikan dengan korang promosi 11.11 yang dibuat di Wan Li Chan Chinese Restaurant, Renaissance Hotel Johor Bahru. Promosi ini berlangsung bermula 11.11.2020 sehingga 12.12.2020. Korang boleh dapatkan semua menu ala carte di sini pada harga Diskaun 20% off.

Ada 10 hidangan menu baru yang disediakan. Tengok je gambar aku dah telan air liur..haha Nampak sangat hidangan kat sini sedap-sedap kan. Ok jom aku terangkan satu-satu menu yang ada.

Ini ialah Stir Fried Prawns Fritter with Curry Butter Milk Sauce. Aku recommended menu yang ini sedap ada rasa kari sikit. Udang nya pn fresh tau.

Ini pula Grilled Lamb Rack with Homemade Pineapple Barbecue Sauce. Daging dia lembut sangat, gigit je dah tanggal tau. Yang nie pun aku recommended juga.

Ini pula Glazed Air Dried Beef Fillet with Chilli Sauce. First time aku makan macam makan keropok daging rasa nya. Bila aku makan ia cair didalam mulut.Aku makan dah macam makan snek.haha

Ini pula Free Range Chicken with Fried Shallot and Black Truffle

Ini pula Wok Fried Australian Wagyu Beef with Foie Gras and Asparagus. bila dengar wagyu tu korang dh biasa dengarkan. Korang mesti tak pernah dengar Foie Gras kan?? klo korang nak tau Foie Gras tu hati itik tau. Bila aku try search kat aunty Google Foie Gras nie makanan mahal bagi orang Oversea tau. Harga nya mencecah ratusan ringgit klo ditukarkan dengan mata wang kita. So untung la korang dapat merasa sendiri kalau korang pesan menu ini.

Ini  pula Fragrant Fried Chicken with Dried Chili,Garlic, and Szechuan Pepper.

Ini pula Wok Fried White Bait with Spicy Crispy Garlic

Ini pula Double Boiled Silky Fowl Soup with Dark Garlic King, Conpoy and Vegetable. Kalau korang minat makan ayam hitam boleh la cuba sup ini. Baik untuk kesihatan tau.

Ini pula Fragrant Fried Rice with Conpoy,Egg white,Garlic Crisps and Beet Root Juice. Lain dari yang lain tau rasa nya. Yang nie pun wajib cuba kalau korang makan kat sana.

Dessert paling awesome yang aku pernah rasa ialah Chilled Mango Puree and Pomelo and Homemade Custard Bun. Panjang betul nama kan. Dessert nie time last sekali aku makan sampai sekarang teringat- ingat rasa puree mango tu..sedap sangat..lembut dan sejuk je lalu kat tekak..😋😋

Penuh pinggan aku smpai semua menu aku nak rasa..Memang sedap-sedap semua.

Muka happy bila dapat makan..haha🤣🤣😊🤗

MUSIM PKPB NIE BOLEH PERGI MAKAN SANA KE???!!

Semenjak PKPB ini restaurant dan cafe masih dibuka seperti biasa dan ia juga melaksanakan SOP yang lebih ketat untuk pelanggan. Korang akan dilayan seperti biasa dan boleh menikmati hidangan hanya 2 atau 4 orang dalam satu meja sahaja. Semua peraturan mesti di patuhi seperti biasa.


Layanan tetap diberikan yang terbaik dan SOP tetap dipatuhi..😊🤗🤭

Tengok 1 meja 4 kerusi je boleh duduk..


Kalau korang berminat nak cuba kelainan rasa masakan china boleh la pergi di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Hotel Johor Bahru. Korang boleh buat tempahan seperti detail di bawah..


Untuk tempahan makan, Sila buat melalui TABLE APP WAN LI

Atau

hubungi kami di +6073813388 
atau 

WhatsApp di  https://wa.me/60187800787

 

𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 | 𝟔.𝟑𝟎𝐩𝐦 𝐭𝐨 𝟏𝟎.𝟎𝟎𝐩𝐦

Isnin sehingga Ahad

 

𝐋𝐔𝐍𝐂𝐇 | 𝟏𝟏.𝟑𝟎a𝐦 𝐭𝐨 𝟑.𝟎𝟎𝐩𝐦

Isnin sehingga Ahad






Post a Comment

1 Comments

  1. Eh eh macam pernah ku lihat si baju merah itu hahahahaha..
    Memang makan di sini tak pernahnya tak sedap...senang nak cari menu masakan cina, datang aje ke sini...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.