Jom Dinner di International Dinner Buffet @ Cafe BLD Renaissance Hotel Johor Bahru || Sepanjang tempoh PKPP nie jarang aku makan malam di luar. Almaklum la bila nak makan diluar teringat bahaya Covid -19 sampai nak bawa anak-anak keluar makan kat kedai pun takut. Pada hujung minggu lepas aku berkesempatan untuk makan malam di Cafe BLD Renaissance Hotel Johor Bahru. Kali ini ia dibuka semula dengan mematuhi SOP yang disediakan.
Kaunter pendaftaran |
Tempat makan yang selesa |
Masa mula-mula aku sampai disana aku terus pergi ke kaunter pendaftaran untuk pengesahan. Selepas itu aku terus menuju ke Cafe BLD terletak di bahagian dalam hotel tersebut. Sampai je di cafe pekerja disitu memberikan sepasang sarung tangan plastik untuk dipakai semasa pengambilan makanan. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada kita memegang terus penutup makanan takut tangan kita tak bersih.
Kali ini cafe BLD menyediakan makanan berkonsepkan "International Dinner Buffet". Bermacam-macam hidangan disediakan. Menu dari Jepun, India, China,Malaysia, Indonesia & western pun ada. Jom aku belanja gambar yang aku ambil semasa makan disana.
Salad Corner |
Seafood on ice |
Sushi Corner |
Dessert Corner |
Kuih-muih Melayu |
Buah-buahan segar |
Ais Kacang bermacam-macam isi yang anda suka |
Dah selesai makan boleh makan aiskrim untuk penutup hidangan |
Dah puas tengok gambar-gambar yang aku kongsikan dengan korang. Bermacam-macam makanan ada kan. Korang wajib cuba semua makanan baru lah antarabangsa..HeHe..Ok la sampai disini yang aku dapat kongsikan pengalaman aku makan kat sana dengan korang. Nanti aku kongsi cerita lain pula ya. Di bawah nie aku sertakan keterangan lanjut untuk buat tempahan makan di Cafe BLD Renaissance Hotel Johor Bahru.
INTERNATIONAL DINNER BUFFET @ CAFE BLD RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU
Every Friday & Saturday (6pm to 9pm only)
PRICE => RM 88 NETT PER PERSON (ADULT)
RM 44 NETT PER PERSON (CHILD)
WEEKDAYS DINNER BUFFET
Every Wednesday and Thursday only (6pm-9pm only)
PRICE => RM 70 NETT PER PERSON (ADULT)
RM 35 NETT PER PERSON (CHILD)
CHILD 5~12 Tahun (4 Tahun ke bawah FREE)
Untuk dapatkan diskaun 25% boleh lah guna link dibawah ini untuk pesanan.
TableApp : http://bit.ly/TableAppCafeBLD
Whatsapp : https://wa.me/60177713327
1 Comments
Banyak menu yang sedap sedap. Paling menggoda segala desserts yang ada.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.