Waktu bermula, kemuncak & berakhir Gerhana Matahari Anulus 2019 di lokasi Tg.Piai |
Situasi pergerakan bulan menutupi matahari ketika Fenomena Gerhana Matahari Anulus |
Ketika Gerhana Matahari Anulus sebahagian kecil matahari masih dapat dilihat seolah-olah melingkari bulan yang gelap ditengah- tengahnya.
Kita berpeluang sekali lagi menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Anulus di Malaysia.
Kali terakhir fenomena ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 dan untuk fenomena berikutnya dijangka akan berlaku pada 14 Okt 2042(dijangka akan melalui kawasan di Negeri Kelantan)
Untuk umat Islam antara perkara yang dituntut dilakukan semasa gerhana adalah melaksanakan solat sunat gerhana.
Solat sunat gerhana
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة)
CARA-CARA SOLAT
Dua rakaat seperti solat sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di sama ada di Masjid atau Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى “ iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi di Malaysia, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 kali, dalam ruku’ yang kedua 80 kali, ruku’ ketiga
70 kali dan ruku’ yang keempat 50 kali.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الص ـلة جامـعة "
"al-Solat Jamiah"
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan:
أُصَلِّيْ سُنَّةَ لِخُسُوْفِ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ushallii Sunnatal Khusuufil-Qomari Rak’ataini Lillahi Ta’alaa
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari:
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ushallii Sunnatal Kusuufis-Syamsi Rak’ataini Lillahi Ta’alaa
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Semoga apa yg sis share akan bagi manfaat untuk anda semua..next time sis share lagi ya..
Credit to ;- Jabatan Mufti Johor
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.