Ticker

6/recent/ticker-posts

Tepung Pelita Original paling sedap di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor

Tepung Pelita Original paling sedap di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor | Tengok tajuk dah tau dah mesti sis nak kongsi cerita bertapa sedapnya Tepung pelita paya jaras nie.. Uolls pernah rasa tepung pelita?? Ia sejenis kuih putih hijau manis yang diletakkan didalam acuan yang diperbuat dari daun pandan.. Bau nya wangi, cukup lemak dan sedap dimakan.. Menjadi kegemaran ramai untuk juadah ketika berbuka puasa.

Ramai peniaga-peniaga yang menjual kuih tradisional ini..Tapi yang paling sis suka ialah Tepung Pelita Paya Jaras..Rasa tepung pelita kat kedai nie lain dari yg lain..tak sama seperti orang lain buat..Aroma daun yang digunakan menusuk dikalbu smpai terpanggil-panggil nak makan lagi..Kalau bulan puasa jer dia buat memang ramai la yang mencari limited edition la katakan..

TEPUNG PELITA PAYA JARAS

Slogan ''Rasa sebulan Rindu setahun"

Tepung Pelita yang sudah siap disusun kedalam tray.

Setiap kali bulan ramadhan keluarga sebelah mertua akan buat majlis berbuka puasa beramai2.. Kakak ipar sis yang duduk di sungai buloh akan membawa tepung pelita paya jaras untuk melengkapkan juadah berbuka puasa untuk kita semua.. Memang itu yang kami semua nanti2 kan setiap tahun..


Bila tiba waktu berbuka selepas minum air & makan kurma, kami semua makan kuih tepung pelita yang dinanti2 kan.. Memang sedap tak terkata.. Sis makan sekali xcukup uollss.. rasa mcm nak je makan 1 tray tu..😅😅 Kena la dengan slogan yang diberi ''RASA SEBULAN RINDU SETAHUN"

Untuk uolls yang belom rasa boleh lah mencuba selagi masih ada bulan ramadhan ini.. Yang tak dapat mencuba rasa boleh la tunggu dibulan ramadhan yang akan datang pula..😊🤭🤭




Post a Comment

7 Comments

  1. Sedap ni...fevret juga..dulu masa masih duduk dekat damansara damai, wajib beli ni kalo ke bazar ramadhan..

    ReplyDelete
  2. ya Allah, dahlah faveret. nak tanya, beli dengan tray sekali ke macam mana? hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya...tahun ni pernah beli tepung pelita tetapi rasa kuciwa sebab rasa tak sama dengan rupanya yang nampak sedap..Kalau dapat ni, mau habis...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.