As'slam.. Uollss cuti sekolah ini ada aktiviti untuk anak-anak tak? Kalau tak ada sis nak kongsi dengan anda aktiviti yang mudah untuk anak2 buat iaitu replika kertas.
Semasa sis pergi berbelanja di pasaraya ECO shop sis suka pergi ke bahagian buku-buku dan alat tulis. Dekat sana sis terjumpa buku yang boleh mengajar anak membuat replika dengan menggunakan kertas.
Disana sis tengok ada bermacam jenis iaitu membuat replika kertas bentuk Dinosour series, Animal series, Daily necessities dan Traffic series.
Bila sis tunjuk je pada anak2 sis semua teruja nak main. Maka bermula la sesi layan anak2 buat. Menguji kesabaran jugak nak koyakkan dan cantum. Untuk mencantumkan ia sis guna gam stick je senang. Seronok tengok anak2 koyakkan dan lipat. Sis punya bahagian tukang gam je la.😊🤗
Akhirnya siap lah untuk Animal series. Lama jugak nak melayan karenah anak2 nie. Sis dan anak2 siapkan yang ini dulu, untuk yang lagi 3 tu tunggu sis free dulu. Nak menghadap benda nie memang smpai ke petang pun boleh. Tapi kerja kat rumah tak siap pula nanti..hehe😊🤗😅🤭
Terima kasih sudi baca blogs sis..next time sis sharing entry lain pula ye..😊
2 Comments
Wahhh nak carilah nanti. Kedainya dekat je.. tapi ni kalau sumayyah main mesti die koyakkan.haha tapi xpastilah kalau dia sayang die simpan je kot.
ReplyDeletexpe try je beli n buatkan utk anak..klo dia koyakkn pn xpe..murah je..hehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.