Ticker

6/recent/ticker-posts

Elak Anak Demam Selepas Mandi Kolam


Ramai ibu bapa akan luangkan masa bersama anak-anak apabila hujung minggu atau musim cuti sekolah. Mesti ibu bapa sudah plan nak bawa anak2 pergi bermandi-manda dikolam atau pun di tepi pantai. Pernah tak ibu bapa menghadapi situasi anak demam selepas mandi kolam??


Situasi ini pernah berlaku pada saya dan suami. Selepas balik dari mandi kolam malam nya anak saya tak dapat tidur sebab dia berasa tak selesa, hidung selsema dan batuk. Mula la drama nak tidur berdukung, merengek sana sini. Minta sapu minyak angin bg bdn selesa nak tidur. Last2 ibu bapa yang tidur tak lena risaukan anak yg tiba2 demam. Banyak sebab kenapa anak kita senang demam selepas mandi kolam.

Antara sebab anak demam selepas mandi kolam salah satu nya ialah:-
  • Air kolam dicemari kuman, bakteria atau virus.
  • Antibodi anak anda tidak cukup kuat melawan kuman.
  • Anak anda sedang keletihan sebab tidak cukup air dalam badan.
Tips hendak mengelakkan anak demam sebelum dan selepas mandi kolam ialah:-
  • Memastikan anak-anak dalam keadaan bersih sebelum mandi kolam. contoh pakai pakaian yg bersih dan bawa anak ke tandas untuk membuang air kencing sebelum mandi kolam.
  • Beri anak-anak rehat yang cukup sebelum mandi kolam.
  • Pastikan anak makan untuk alas perut dan minum air banyak sebelum turun mandi kolam.
  • Semasa anak sedang mandi kolam kerapkan memanggil anak naik minum air untuk mengelakkan dehidrasi berlaku sebab bila mandi dibawah cahaya matahari anak tidak akan berasa dahaga sebab dia selesa berendam didalam air.
  • Selepas anak selesai mandi kolam bersihkan badan dan beri makan dan minum secukupnya. Jangan lupa berikan supplement untuk meningkatkan tahap imun anak-anak. Contoh supplement minyak ikan seperti Scott Emulsion. Macam saya beri anak makan OMEGA GUARD SHAKLEE.
Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada IbuBapa diluar sana..😊🤗😍😍

Post a Comment

0 Comments